• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Delegasi China Ke Malaysia Runding ECRL, Kata Daim

oleh
21/02/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Delegasi dari China dijangka berkunjung ke Malaysia untuk membincangkan masa depan projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL), kata bekas pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Tun Daim Zainuddin.

“Biar saya jelaskan, kami masih berunding. Sebenarnya, mereka akan datang ke Malaysia bulan ini. Mereka mengundang saya ke China sebelum ini, tetapi saya tidak dapat pergi, sebab itulah saya mempelawa mereka datang ke Malaysia,” katanya dalam wawancara bersama akhbar Nanyang Siang Pau yang disiarkan hari ini.

Ditanya sama ada terdapat kemungkinan keputusan akhir dicapai berhubung isu itu, Daim berkata: “Mudah-mudahan ada keputusan yang dicapai, bagaimanapun ia bukan mudah sebab isu ini agak rumit.”

Beliau menyifatkan projek itu sebagai “isu sensitif”, justeru lebih baik kurang membuat kenyataan mengenainya.

“Jika tidak, apabila saya memperkatakan sesuatu, mereka mungkin tersalah tafsir, kemudian mereka bertanya kenapa saya cakap begitu? Isu ini kemudian akan menjadi lebih sensitif.”

Beliau berkata, delegasi yang bertanggungjawab dalam projek ECRL itu akan turut memberi taklimat berkaitan inisiatif Satu Jalur Satu Jalan (OBOR) China.

Sementara itu, dalam wawancara dengan Sin Chew Daily, Daim ditanya isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Beliau berkata, kerajaan perlu menyingkirkan sebarang kebimbangan orang Melayu berkaitan isu itu dan menenangkan mereka dengan memberitahu mereka tidak akan kehilangan apa-apa.

Katanya, orang Melayu tidak bersetuju UEC diberi pengiktirafan kerana mereka berpendapat ia bertentangan Perlembagaan Persekutuan dan mencabuli hak orang Melayu.

Oleh itu, katanya, kerajaan perlu memberi penjelasan kepada rakyat, namun pada masa sama, mengambil sikap berhati-hati kerana ia sudah dipolitikkan. – BERNAMA

Tags: ChinaDaim ZainuddinECRL
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd