• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Murid Kantoi Guna Robot Siapkan Kerja Sekolah

oleh
20/02/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHANGHAI – Wajarkah seorang murid menggunakan mesin untuk menyudahkan kerja sekolah yang diberikan guru?

Seorang pelajar perempuan di Harbin, China mencetuskan kontroversi apabila tindakannya yang disifatkan tidak beretika sebaliknya telah menarik minat ramai kepada mesin tersebut.

Menurut laporan SCMP, mesin robot itu mampu meniru tulisan tangan pemiliknya dan beroperasi tanpa henti.

Apabila Zhang, 15, berjaya menyiapkan kerja sekolah dalam tempoh yang amat singkat, ibunya berasa amat curiga, apatah lagi apabila semua itu dilakukannya ketika cuti Tahun Baharu Cina.

Ketika memeriksa bilik anaknya, apa yang dijumpai si ibu amat mengejutkan. Sebuah mesin peniru lengkap dengan bingkai logam dan pen.

Lebih mengejutkan lagi, mesin itu bukan saja dapat menyalin halaman daripada buku teks, malah ia juga dapat menulis esei dengan tulisan yang kemas.

Zhang akhirnya mengaku membeli mesin robot itu di sebuah laman web pada harga 800 yuan (kira-kira RM490) menggunakan wang angpaunya.

Berang dengan tindakan anaknya, si ibu lantas menghempas mesin robotik itu lalu memusnahkannya.

Laporan berita media tempatan tentang insiden itu bagaimanapun telah mencetuskan perdebatan apabila ramai yang berminat untuk membeli dan menggunakannya manakala yang lain pula mempersoalkannya daripada segi etika.

Menurut seorang pengguna tegar robot peniru itu sejak tiga tahun lalu, mesin berkenaan mampu menghasilkan tulisan yang kemas hinggakan tidak siapa dapat membezakannya dengan tulisan asal. – Agensi

Tags: ChinameniruMesinrobot
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

06/11/2025
0

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kak CHINA, 6 November 2025 _ Satu insiden berlaku di Stesen Kereta Api Utara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd