• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mat Sabu Tolak Spekulasi Komplot Gulingkan Mahathir

oleh
20/02/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Presiden Amanah, Mohamad Sabu hari ini menolak spekulasi berhubung komplot menggulingkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menerusi undi tidak percaya di Parlimen oleh parti komponen Pakatan Harapan (PH).

Sebaliknya, beliau menyalahkan parti lawan sengaja menyebarkan khabar angin itu untuk menggugat kestabilan dan mengganggu fokus kerajaan PH yang berusaha mensejahterakan hidup rakyat.

Menteri pertahanan itu juga percaya spekulasi itu direka untuk mengalihkan pandangan rakyat daripada siasatan dan pendakwaan ke atas pemimpin mereka serta krisis kepimpinan dihadapi parti lawan.

“Tidak timbul langsung soal undi tidak percaya terhadap Dr. Mahathir.

“Amanah dan parti-parti komponen lain dalam PH sentiasa teguh di belakang Dr. Mahathir dalam usaha melakukan reformasi menyeluruh dan menambah baik tadbir urus negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kelmarin, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan dipetik Malaysiakini sebagai mendakwa 2 parti komponen PH mungkin merancang menyingkirkan Dr. Mahathir melalui undi tidak percaya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata, PAS berikrar menyokong Dr. Mahathir dalam pertemuan di Yayasan Al-Bukhary, Jumaat lalu dengan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana parti itu mendapati ada yang tidak kena dengan cara Mahathir bercakap mengenai sekutu PH.

Katanya, dakwaan Dr. Mahathir mengenai persetujuan bertulis yang ditandatanganinya, sebenarnya draf ikrar menyokong pengerusi PPBM itu, jika parti komponen PH melakukan undi tidak percaya terhadapnya.

Sementara itu, Mohamad menyeru ahli Amanah terus menumpukan usaha menambah keahlian parti itu dan berusaha memastikan calon PH menang dalam pilihan raya kecil Semenyih pada 2 Mac ini. – FMT

Tags: Mahathir MohamadMohamad Sabu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kenaikan Harga Siling Beras Putih Tempatan Akan Dimuktamad Oktober Ini – Mohamad Sabu

Kenaikan Harga Siling Beras Putih Tempatan Akan Dimuktamad Oktober Ini – Mohamad Sabu

10/06/2024
1

SERDANG : Keputusan mengenai kenaikan harga siling beras putih tempatan (BPT) akan dimuktamadkan sebelum Oktober ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Bekalan Beras Tempatan Pulih Dalam Masa Sebulan

Bekalan Beras Tempatan Pulih Dalam Masa Sebulan

05/09/2023
0

JOHOR BAHRU – Kementerian Pertanian Keterjaminan Makanan (KPKM) yakin Program Khas Beras Putih Tempatan (BPT) dapat menampung permintaan pasaran terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd