• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Samun MRT Cukur Kepala Semasa Serbuan Polis

oleh
19/02/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUSPEK serang di stesen MRT Taman Mutiara sedang mencukur kepalanya bagi mengelak dikesan, semasa serbuan polis di rumahnya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, suspek yang membelasah dan menyamun seorang wanita di stesen MRT Taman Mutiara di Cheras pada Khamis minggu lalu, menyedari dia menjadi buruan polis.

“Dia cuba bersembunyi kerana dia tahu kita sedang menjejakinya.

“Malah dia tidak pasang lampu di kediamannya, kecuali untuk beberapa minit semasa makan atau ke tandas,” kata Mazlan pada sidang media di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada Selasa.

Suspek ditahan pada kira-kira 8.10 malam Isnin di Taman Cheras.

Memberi gambaran mengenai lelaki berusia 26 tahun yang mempunyai ketagihan dadah yang serius itu, Mazlan berkata, suspek sering menggunakan kekerasan sewaktu melakukan jenayah.

“Dia tidak teragak-agak untuk menggunakan kekerasan sekiranya mangsa tidak bekerjasama.

“Dia merupakan anggota Geng 08, dan setakat ini, kita mengaitkannya dengan enam kes curi dan rompakan,” kata Mazlan.

Suspek juga mempunyai empat rekod jenayah lampau berkaitan dadah, pergaduhan dan rompakan.

Mazlan berkata, polis menjejaki suspek menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari pasaraya yang disamunnya sejurus sebelum serangan di stesen MRT menjadi tular.

“Kita berjaya mengenal pasti suspek dan motosikalnya menerusi rakaman tersebut,” katanya.

Suspek dikatakan terlibat dalam aktiviti jenayah sejak 2014.

“Dia bekerja sebagai tukang baiki penyaman udara. Jika tidak ada kerja, dia terpaksa melakukan jenayah untuk memenuhi kehendaknya terbabit dalam dadah,” katanya.

Menurut Mazlan, suspek positif dadah jenis syabu dan ekstesi. – The Star

Tags: kes samunMRT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Empat ditahan susulan video tular yang memaparkan seorang lelaki berlumuran darah yang dikatakan berlaku di Wangsa Maju pada...

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd