• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Segera Bincang Calon PRK Rantau, Kata Azmin

oleh
19/02/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMENYIH – Pakatan Harapan (PH) akan berbincang dalam masa terdekat mengenai calon yang sesuai untuk memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Negeri Sembilan.

Naib Presiden PH, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kepimpinan gabungan itu akan mengatur strategi bagi mencapai maksud itu.

”Walaupun kerusi ini secara tradisinya diwakili Keadilan (PKR) namun kita sentiasa mengambil sikap muafakat dalam Pakatan Harapan untuk memastikan calon itu adalah calon Pakatan Harapan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri ceramah isu semasa di Kampung Rinching Hilir di sini malam tadi.

Ia sebahagian daripada kempen PH untuk memastikan kemenangan calonnya, Muhammad Aiman Zainali dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Semenyih pada 2 Mac.

Turut hadir Timbalan Presiden PH merangkap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum semalam menolak rayuan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya Seremban pada 16 November lepas yang mengisytiharkan kemenangan beliau di kerusi DUN Rantau sebagai tidak sah dan terbatal.

Ini sekali gus membuka laluan bagi PRK DUN Rantau.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Mohamad memenangi kerusi itu tanpa bertanding selepas pencalonan wakil PKR Dr. S. Streram ditolak. – BERNAMA

Tags: Mohamed Azmin AliPRK Rantau
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Azmin Gagal Batal Saman 10 Pengundi Gombak

30/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali gagal membatalkan saman yang difailkan 10...

Pejuang Nafi Jemputan Sidang Akhbar Penyertaan Azmin

11/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Parti yang masih dalam proses pendaftaran, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menafikan jemputan sidang akhbar berhubung penyertaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd