• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Terima Darjah Utama Seri Mahkota Negara

oleh
14/02/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini dikurniakan Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N) di Istana Negara di sini.

Penganugerahan darjah kebesaran itu disampaikan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mewakili kerajaan.

Turut mengiringi keberangkatan baginda ke majlis itu pada 3.30 petang ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar.

Al-Sultan Abdullah dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam, menggantikan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah, pada 15 Januari lalu dan ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari lalu.

Darjah kebesaran itu lazimnya diberikan kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Sultan dan Raja-Raja Melayu yang baru sahaja ditabalkan di negerinya serta orang paling dihormati.

Darjah kebesaran itu mempunyai lima komponen utama iaitu kalung, lencana darjah pada kalung, bintang darjah, selepang darjah dan lencana darjah pada selepang.

Hadir sama isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Majlis penyampaian darjah kebesaran itu turut disaksikan oleh Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum; Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar; Peguam Negara, Tommy Thomas; Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun. – BERNAMA

Tags: Yang di-Pertuan Agong ke-16
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Pameran Raja Kita’ Pertama Ketika Pertabalan Ayahanda Al-Sultan Abdullah

05/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Pameran Raja Kita yang padat dengan maklumat, sejarah dan peranan Institusi Yang di-Pertuan Agong cukup signifikan dengan...

Agong Terima Kejutan Hari Keputeraan Di Istana Negara

01/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Nyanyian lagu 'Allah Selamatkan Tuanku' berkumandang di Istana Negara malam ini sebagai kejutan bagi meraikan Hari Keputeraan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd