• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Tidak Tamatkan Pengajian,” Kata MB Johor

oleh
14/02/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian mengesahkan pernah mengikuti pengajian di Kolej Pertanian Malaya yang kini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia (UPM), sebelum ini.

Menurutnya, bagaimanapun beliau tidak menamatkan pengajian di universiti tersebut.

“Berkaitan isu akademik saya yang dikatakan mendapat Ijazah Perakaunan dari UPM, untuk makluman saya pernah mengikuti pengajian di Kolej Pertanian Malaya sebelum dinaiktaraf kepada Universiti Pertanian Malaysia, namun tidak menamatkan pengajian.

“Adalah di luar pengetahuan saya apabila muncul di beberapa laman sesawang yang menyatakan saya berkelulusan Diploma dan Ijazah Perakaunan dari UPM,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) di sini hari ini.

Osman berkata, atas rasa tanggungjawab, beliau telah mengarahkan agar segala maklumat berkaitan perkara itu diturunkan serta merta daripada mana-mana laman web rasmi.

“Oleh itu, saya dengan penuh rasa rendah diri memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap kekeliruan dan salah faham berhubung kelayakan akademik saya,” katanya.

Selain itu, beliau turut menzahirkan harapan agar perkara tersebut tidak perbesarkan lagi oleh mana-mana pihak.

Sebelum ini, Osman ketika ditanya pemberita mengenai perkara itu di Kulai, memilih untuk tidak menjawab soalan tersebut.

Malah dalam satu majlis di Segamat baru-baru ini, beliau kemudiannya memberitahu pemberita akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu. – Sinar Harian

Tags: Osman Sapian
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jenazah Osman Akan Dikebumikan Selepas Zohor

22/12/2021
0

JOHOR BAHRU: Jenazah bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Impian Emas, di...

Osman Sapian Masih Ahli Bersatu – Hamzah

04/09/2020
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian masih kekal sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd