• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekolah Pondok Tarbayatun Nisa Di Tuaran Terbakar

oleh
14/02/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Sebuah asrama dua tingkat sekolah pondok Tarbiyatun Nisa di Kampung Marabahai, Tuaran musnah dalam kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 6.55 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar ketika dihubungi berkata, api yang cepat merebak telah memusnahkan bangunan separuh kekal itu.

“Bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 6.58 pagi sebelum turun ke lokasi bersama sembilan anggota dan dua buah jentera,” katanya.

Beliau berkata, pasukan bomba bertindak membuat pemadaman dan seterusnya pemeriksaan menyeluruh dijalankan di kawasan terbakar bagi memastikan tiada bahaya lain.

Katanya, punca kejadian dan kerugian masih dalam siasatan dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira pukul 7.38 pagi. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Sementara itu, pengurus asrama, Aishah Abdul Halim berkata, kejadian disedari selepas kuliah subuh apabila pelajar bergerak dari surau ke asrama.

Beliau berkata, asrama yang menempatkan 41 pelajar berusia antara tujuh hingga 26 tahun terdiri daripada anak-anak golongan fakir miskin dari seluruh Sabah termasuk daerah Nabawan, Pitas dan Sandakan.

Katanya, hanya tujuh pelajar yang mengalami sesak nafas kerana berada di dalam asrama ketika kejadian bagaimanapun keadaan mereka tidak membimbangkan.

Dalam pada itu, Aishah berkata sekolah pondok yang beroperasi sejak 1 September 2016 itu telah memohon supaya didaftarkan bagaimanapun permohonan yang dibuat sejak 2017 sehingga kini masih belum mendapat kelulusan untuk didaftarkan oleh pihak yang berkaitan.

“Buat masa sekarang, pelajar yang jauh daripada keluarga ditempatkan di surau sekolah itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: kebakaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd