• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masyarakat Harus Bersatu Pupuk Perpaduan

oleh
14/02/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rakyat berbilang kaum, agama dan peringkat umur dari segenap lapisan masyarakat harus bersatu untuk memupuk perpaduan di negara ini, menurut sebuah buku berjudul “Dialog: Thoughts on Tunku’s Timeless Thinking”.

Datin Seri Sharifah Menjelara Hussein, cucu kepada Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, berkata buku antologi edisi kedua dapat disimpulkan sebagai garis panduan yang baik untuk Malaysia kerana ia memaparkan banyak perumusan utama oleh Allahyarham semasa eranya.

“Banyak rakyat Malaysia membawa ciri-cirinya. Perlembagaan persekutuan digubal di bawah pengawasannya. Banyak nilai-nilai nasional yang dipromosikannya seperti keharmonian Malaysia, merapatkan jurang antara golongan kaya dan miskin, yang semuanya adalah isu yang relevan.

“Sekiranya anda membaca akhbar hari ini, semuanya berkisar mengenai isu-isu yang diulas oleh Tunku Abdul Rahman ketika beliau masih hidup. Jadi kebijaksanaan itu kekal dan masih relevan sehingga hari ini,” katanya.

Beliau memberitahu demikian kepada Bernama pada pelancaran buku berjudul ‘Dialog: Thoughts on Tunku’s Timeless Thinking serta memperingati ulang tahun kelahiran ke-116 Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, pada Rabu.

Buku antologi edisi baharu ini mengandungi beberapa esei baharu oleh beberapa aktivis dan pengulas utama Malaysia termasuk Datin Paduka Marina Mahathir, Khairy Jamaluddin dan Datuk Ambiga Sreenevasan.

Sharifah Menjelara berkata buku itu terdiri daripada pelbagai bahagian termasuk kepimpinan dalam kerajaan yang boleh menjadi rujukan yang baik kepada pemimpin sekarang.

“Semua penyumbang dalam bahagian itu saya fikir boleh menjadi menghasilkan perkara yang sangat relevan apabila merujuk kembali kepada Tunku dan mereka pastinya merasakan kebijaksanaan Tunku masih relevan untuk pemimpin hari ini. Maka mana-mana pemimpin yang mahu memimpin kerajaan hari ini boleh mengimbas kembali apa yang dikatakan oleh Tunku,” katanya. – BERNAMA

Tags: Tunku Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lelaki Maut Dibaham Buaya Ketika Cari Ketam

Next Post

Menteri Minta Kemboja Bebaskan 47 Rakyat Malaysia

Related Posts

Mahathir Salah Tun Hussein, Tunku Abdul Rahman?

11/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa beliau hanya mewarisi sistem dan pendekatan ke atas Sabah dan Sarawak yang...

Tunku Abdul Rahman Tokoh Hawana Pertama

12/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj hari ini diangkat sebagai penerima pertama...

Next Post

Menteri Minta Kemboja Bebaskan 47 Rakyat Malaysia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd