• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPR Hantar Kad Pengundi Untuk Pengundi Semenyih

oleh
14/02/2019
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah melaksanakan satu inisiatif menghantar kad pengundi (voter’s card) kepada 54,471 orang pengundi berdaftar Dewan Undangan Negeri Semenyih yang bakal mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih 2 Mac ini.

Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun dalam satu kenyataan berkata inisiatif baharu itu adalah usaha untuk menggalakkan dan memudahkan pengundi untuk keluar mengundi pada PRK itu.

SPR telah menghantar voter’s card tersebut kepada semua 54,471 pengundi yang meliputi 951 orang pengundi awal dan 53,520 orang pengundi biasa pada 31 Januari lepas.

Jelasnya, voter’s card tersebut mengandungi maklumat pengundian iaitu Pusat Mengundi, Saluran, Bilangan dan Masa Mengundi.

Katanya, pengundi yang telah menerima kad tersebut tidak perlu lagi membuat semakan di barung SPR untuk menyemak saluran dan nombor bilangan pengundi dalam daftar pemilih kerana kedua-dua maklumat tersebut telah dinyatakan dalam kad tersebut.

“Bagaimanapun, SPR menegaskan bahawa pengundi tetap perlu membawa kad pengenalan bagi pengesahan identiti untuk mengundi,” katanya.

Hari mengundi awal adalah pada 26 Februari.

Beliau berkata mana-mana pengundi yang tidak menerima voter’s card berkenaan kerana kemungkinan telah berpindah, boleh membuat semakan maklumat pengundian iaitu Pusat Mengundi, Saluran, Bilangan dan Masa Mengundi melalui portal SPR pengundi.spr.gov.my atau aplikasi MySPR Semak atau melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) (SPR SEMAK Nombor Kad Pengenalan ke nombor 15888 atau menghubungi talian hotline SPR di talian 03-8892 7018. – BERNAMA

Tags: prk semenyihSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

20/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 42,464 nama warganegara berusia 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, dari 1 hingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd