• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Arowana’ Adib Jadi Tanda Kenangan Rakan Setugas

oleh
13/02/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HANYA ‘arowana’ tinggal tanda kenangan. Ikan milik Allahyarham anggota Bomba dan Penyelamat Muhammad Adib Mohd Kassim itu menjadi lambang kenangan manis dan pengalaman pernah bertugas bersama, buat rakan-rakan sekerjanya.

Rakan-rakan itu dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya mengambil inisiatif menjadikan arowana tersebut tinggalan Allahyarham, sebagai haiwan angkat.

Ketua BBP Subang Jaya, Timbalan Penguasa Bomba Syed Shahril Anuar Syed Sulaiman berkata pihaknya berbuat demikian selepas mendapati tiada sesiapa sedia memelihara ikan itu.

“Ikan itu kami ambil dari rumah sewa Muhammad Adib di Subang Jaya.

“Kami memohon kebenaran ayah Muhammad Adib untuk mengambil ikan itu bagi membolehkan kami memeliharanya dalam sebuah akuarium yang ditempatkan di dalam balai ini.

“Ia sebagai kesinambungan kepada kenangan dan pengalaman kami sepanjang bertugas bersama Allahyarham,” katanya ketika ditemui pemberita di BBP Subang Jaya, hari ini.

Muhammad Adib, 24, anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Subang Jaya, parah selepas dipercayai diserang dan dipukul perusuh dalam kejadian kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November lepas.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember.

Mengulas lanjut, Syed Shahril Anuar berkata pihaknya ke rumah sewa Muhammad Adib untuk mengambil ikan arowana tersebut yang merupakan antara ikan hiasan paling mahal dibela Allahyarham, empat atau lima hari selepas kematiannya.

“Semasa kami pergi ambil ikan arowana itu ia hanya bersaiz tapak tangan tapi kini makin membesar,” katanya.

Tambah beliau, ikan arowana itu juga sinonim dengan minat warga bomba di BBP Subang Jaya yang suka membela pelbagai jenis ikan dan mereka gemar memancing.

Dalam pada itu, Syed Shahril Anuar berkata pihaknya dalam proses membina memorial untuk Muhammad Adib yang akan menempatkan uniform serta helmet dipakai Allahyarham sepanjang bertugas dengan JBPM. – BERNAMA

Tags: ikan arowanaMuhammad Adib
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kereta Mewah Rasmi APEC, Maserati Dilapor Hilang

Next Post

Aliran Masuk Dana Asing RM1 Bilion Ke Pasaran Ekuiti

Related Posts

Tak Reti Jaga Akuarium, Isteri Masak Arowana Suami

12/10/2021
0

Seorang wanita Indonesia memutuskan untuk menggoreng binatang peliharaan suaminya, seekor ikan jenis Arowana setelah dia tidak menepati janjinya untuk membersihkan...

Pakar Patologi Kanan Bantu Siasatan Kes Kematian Adib

12/10/2021
0

PUTRAJAYA - Jawatankuasa Khas yang menyiasat kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, akan melantik seorang pakar patologi...

Next Post

Aliran Masuk Dana Asing RM1 Bilion Ke Pasaran Ekuiti

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd