• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia-China Perlu Capai Persefahaman Projek ECRL

oleh
13/02/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DEWAN Perniagaan Malaysia-China (MCCC) berharap Malaysia dan China dapat mencapai persefahaman berhubung projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dan projek lain yang relevan untuk meminimumkan kerugian atau mencapai penyelesaian ‘menang-menang’.

Katanya, ini akan mewujudkan suasana pelaburan dan ekonomi yang mesra kepada semua pelabur asing termasuk dari China.

“Langkah itu dijangka dapat menjadi model berjaya bagi China untuk berunding dengan negara lain di sepanjang inisiatif Jalur dan Jalan,” kata MCCC dalam kenyataan, hari ini.

Dewan itu menggesa individu dan pertubuhan bukan kerajaan untuk memberikan masa dan ruang yang mencukupi kepada kedua-dua kerajaan dalam mengendalikan isu menyelubungi ECRL dan memberikan ruang kepada pihak berkuasa relevan untuk menjalankan rundingan.

MCCC yakin kedua-dua kerajaan amat berhati-hati dalam mengendalikan isu ECRL kerana ia membabitkan hubungan baik antara Malaysia dan China.

“Kami optimis dengan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara, dan kami akan melakukan yang terbaik untuk membantu kerjasama mereka secara menyeluruh dan proses kemakmuran bersama dengan memanfaatkan sepenuhnya perusahaan swasta dan memberi kerjasama kepada dasar kerajaan baharu yang pro-perniagaan,” katanya.

Projek ECRL sepanjang 688 kilometer dilancarkan pada 9 Ogos 2017 dan dijadual siap pada 2024.

Bagaimanapun, projek bernilai RM81 bilion itu ketika ini sedang dikaji semula oleh kerajaan. – BERNAMA

Tags: ChinaECRL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

10/04/2026
0

Oleh Mynewshub  SEORANG lelaki warga China dilaporkan mencetuskan kekecohan di sebuah kedai pengurup wang selepas mempertikaikan status mata wang dari...

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd