• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maksiat Waktu ‘Raya Cina’, Tujuh Pasangan Dicekup Di JB

oleh Ahmad Albab
24/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Tujuh pasangan ditahan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Jaij) dalam serbuan Ops Limau di beberapa hotel sekitar Taman Ungku Tun Aminah Skudai, di sini, kelmarin.

Ops yang bermula jam 11 malam dan berakhir 3.30 pagi itu diketuai Pegawai Penguatkuasa Jaij, Khairudin Mat Ali bersama lima anggota.

Pelbagai alasan diberikan semua pasangan terbabit bagi mengelak diri masing-masing dicekup mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Johor) 1997 kerana berkhalwat.

Begitu juga dengan seorang lelaki berusia 23 tahun yang mendakwa tidak berdua-duaan di dalam bilik hotel bersama seorang gadis berumur 21 tahun.

Lelaki yang bekerja sebagai juruselenggara itu memberitahu anggota dan pegawai operasi bahawa dia hadir untuk bertemu gadis terbabit hanya untuk seketika.

Malah, ketika kad pengenalan diminta untuk proses dokumentasi, lelaki itu mengakui tidak membawa dokumen pengenalan diri.

Manakala, gadis berkenaan yang mengakui kehadiran teman lelakinya itu mendakwa dia menginap di hotel berkenaan kerana cuba melarikan diri daripada lelaki itu selepas berlaku perselisihan faham antara mereka.

Dalam operasi sama, pihak penguatkuasa JAIJ turut menahan pasangan warga asing kerana didapati berdua-duaan di dalam bilik hotel.

Meskipun lelaki warganegara Bangladesh berusia 36 tahun yang bekerja sebagai tukang sapu itu mendakwa sedang mendapatkan khidmat urutan badan daripada wanita Indonesia berumur 40 tahun, mereka juga ditahan kerana khalwat.

Sementara itu, sepasang lelaki dan wanita masing-masing berusia 23 dan 24 tahun terdiam kaku apabila diberitahu oleh anggota ops mereka terpaksa ditahan kerana berkhalwat.

Lelaki yang bekerja di Masai itu mendakwa tidak melakukan perkara tidak bermoral bersama pasangannya, sebaliknya cuma hanya mahu bermalam bersama kerana akan menghantar wanita berkenaan pulang ke Kuala Lumpur atas urusan kerja.

Kedua-dua mereka ditemui berpakaian lengkap sebaik sahaja memberi kerjasama daripada pihak penguatkuasa dengan membuka pintu hotel yang diinap.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jaij, Mohd Zamri Kambari, mengesahkan penahanan tujuh pasangan terbabit sepanjang Ops Limau dilakukan pihaknya.

– Sinar Harian

Tags: khalwat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Suami Orang Dakwa Dalam Proses Cerai, Dicekup Berkhalwat Bersama Janda

Suami Orang Dakwa Dalam Proses Cerai, Dicekup Berkhalwat Bersama Janda

20/12/2025
0

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki berstatus suami orang dan seorang wanita berstatus janda dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri...

Lelaki Dalam Proses Cerai Ditangkap Khalwat Dengan Anak Dara

Lelaki Dalam Proses Cerai Ditangkap Khalwat Dengan Anak Dara

21/11/2025
0

Johor Bahru: Seorang lelaki yang mendakwa dalam proses bercerai ditangkap berkhalwat dengan anak dara oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd