• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ganja Tingkatkan Tahap Kesuburan Lelaki?

oleh
09/02/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SAINTIS di Amerika Syarikat mendapati ganja ada kaitan dengan tahap kesuburan lelaki.

Bloomberg melaporkan kenyataan berkenaan dibuat berdasarkan kajian terhadap 600 lelaki yang mengunjungi klinik kesuburan bersama pasangan mereka.

Kajian itu menunjukkan lelaki yang mengaku mengambil ganja mempunyai kiraan sperma yang lebih tinggi berbanding lelaki yang bebas ganja.

Ia bertentangan dengan kajian sebelum ini yang menunjukkan penggunaan ganja boleh menjejaskan kesihatan reproduktif pengguna.

Kajian terbaharu ini melibatkan 1,143 sampel air mani yang diambil daripada 662 lelaki di antara tahun 2000 dan 2017.

Daripada jumlah berkenaan, 55 peratus mengaku pernah menghisap ganja dan 44 lagi mengaku pernah menyalahgunakan dadah.

Sementara itu, 11 peratus lagi mengaku masih menggunakan ganja.

Analisis daripada sampel air mani menunjukkan lelaki yang pernah menghisap ganja mempunyai jumlah kepadatan sperma sebanyak 62.7 juta sel per mililiter, berbanding hanya 45.4 juta sel per mililiter pada lelaki yang tidak pernah menghisap ganja.

Penyelidik dari Kolej Kesihatan Awam T.H. Chan di Boston, Amerika Syarikat, Dr. Jorge Chavarro berkata dapatan yang luar jangka ini menunjukkan masih banyak yang belum diketahui mengenai kesihatan reproduktif serta kesan ganja kepada kesihatan secara keseluruhan.

“Dapatan ini harus dilihat secara berhati-hati dan ia menunjukkan betapa kajian susulan mengenai kesan penggunaan ganja harus dilakukan,” katanya. – Astro AWANI

Tags: ganjakesuburan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PGA Rampas 10.4 Kg Bunga Ganja Bernilai RM374,000

PGA Rampas 10.4 Kg Bunga Ganja Bernilai RM374,000

16/12/2025
0

PASIR MAS: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Briged Tenggara berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berketurunan Cina dan merampas...

Ganja RM180,000 Ditinggalkan Di Sempadan Padang Besar

Ganja RM180,000 Ditinggalkan Di Sempadan Padang Besar

17/07/2025
0

PADANG BESAR – Cubaan menyeludup dadah bernilai ratusan ribu ringgit dari negara jiran berjaya dipatahkan pasukan keselamatan dalam satu operasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd