• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buang Bayi: Polis Tahan 3 Individu Termasuk Ibu

oleh
08/02/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPASANG kekasih berusia 17 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat bayi di dalam timbunan sampah di sebuah kawasan perumahan penjawat awam di Presint 18, Putrajaya semalam.

Turut ditahan bapa remaja perempuan yang disyaki melahirkan bayi itu. Ketiga-tiga mereka ditahan petang semalam di sekitar Putrajaya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Mazlan Lazim berkata remaja perempuan itu dipercayai melahirkan bayi perempuan tersebut kira-kira 11.30 pagi Rabu lepas ketika kandungan berusia tujuh hingga lapan bulan.

“Dia dipercayai menutup mulut bayi itu dengan tuala, membalut badan bayi dengan selimut dan dimasukkan ke dalam beg sekolah.​​​​​​.. beg sekolah itu dimasukkan ke dalam plastik sampah yang diikat dan diletak di luar rumah bersama sampah lain dan dibuang oleh bapa suspek ke rumah sampah di kawasan perumahan mereka,” katanya dalam kenyataan, di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata remaja perempuan itu ditahan reman empat hari manakala bapanya yang berumur 43 tahun serta remaja lelaki terbabit direman dua hari bermula hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mazlan berkata mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat yang akan dijalankan hari ini.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu agar menyalurkannya kepada pegawai penyiasat Insp Roslina Atan di talian 019-2685008 atau Pusat Kawalan Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460522 atau balai polis berhampiran.

Pagi semalam, mayat bayi perempuan ditemui pekerja Alam Flora yang sedang melakukan tugas pungutan sampah di Blok D perumahan itu selepas memunggah sampah dari dalam sebuah tong sampah ke dalam lori. – BERNAMA

Tags: buang bayiMayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

11/12/2025
0

Kota Damansara, 11 Disember 2025 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh telah menerima panggilan kecemasan daripada pihak Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd