• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Tumbuk: Tentera Darat Tubuh Lembaga Siasatan

oleh
08/02/2019
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TENTERA Darat Malaysia telah menubuhkan lembaga siasatan bagi menyiasat kes pegawai kanannya menumbuk anggota bawahan yang bertugas di balai pengawal.

Dalam kenyataannya hari ini, Tentera Darat Malaysia yang mengesahkan kejadian itu berlaku di Kem Sungai Udang, Melaka pada 4 Februari lalu, berkata saksi yang terlibat dalam insiden berkenaan juga telah dikenal pasti bagi membantu siasatan.

“Kes sedang dalam siasatan dan ia merupakan kes terpencil yang berlaku dalam Tentera Darat. Tentera Darat mengambil serius isu ini kerana ia bertentangan dengan peraturan dan disiplin tentera.

“Hasil siasatan akan diteliti sebaik mungkin sebelum sebarang tindakan diambil berdasarkan undang-undang serta peraturan sedia ada,” demikian menurut kenyataan itu.

Tentera Darat juga memberi jaminan untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang bersalah tanpa mengambil kira pangkat dan kedudukan.

“Diharap penularan isu ini dapat dihentikan bagi memberi ruang kepada pihak yang bertanggungjawab untuk menyiasat dengan telus dan saksama,” demikian menurut kenyataan itu.

Pada Selasa lepas, rakaman klip video berdurasi 1:10 saat tular di laman sosial menunjukkan seorang lelaki dipercayai pegawai kanan berpakaian preman menumbuk anggota yang sedang mengawal balai pengawal di sebuah kem. – BERNAMA

Tags: ditumbuktentera darat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Buruh Cabul Teman Wanita Kena Penjara

Guru Wanita Lebam Mata Ditumbuk Rakan Sekerja Lelaki

21/04/2024
0

CHUKAI: Seorang guru wanita cedera dipercayai akibat dipukul rakan sekerja di sebuah sekolah rendah di daerah Kemaman, hari ini. IKUTI...

Menteri Macam ‘Tak Minat’ Dengar Bahas Belanjawan – Hishammuddin Tegur Anggota Kabinet

Tentera Darat Israel Serbu Sasaran Hamas Di Gaza Sebelum Berundur

26/10/2023
0

BAITULMAQDIS: Tentera darat Israel yang beroperasi di utara Semenanjung Gaza, hari ini menyerang beberapa sasaran Hamas sebelum berundur, kata tentera...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd