• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi Padam Kebakaran Gunung Baling Diteruskan

oleh
08/02/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Operasi memadamkan kebakaran di Gunung Baling, Baling yang terbakar sejak petang Rabu lepas diteruskan hari ini dengan kaedah ‘water bombing’ yang dilakukan menggunakan helikopter MI-17 milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling, Mohd. Jamil Mat Daud berkata, sehingga kini sebanyak tujuh atau lapan beg ‘water bombing’ telah dilepaskan dari udara ke lokasi kebakaran di gunung itu.

“Operasi bermula pukul 8 pagi tadi dan keadaan cuaca pagi ini agak baik. Tetapi menjelang tengah hari nanti kita bimbang cuaca akan kembali panas, jadi kita akan cuba untuk padamkan kawasan yang masih terbakar dan helikopter akan cuba memadam tiga lagi titik kebakaran besar yang dikesan.

“Setakat ini, pemadaman di puncak gunung telah selesai. Anggota kita yang menggunakan jalan darat turut membawa beg berisi air bagi melakukan kerja-kerja pemadaman di kawasan kebakaran yang kecil,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Beliau berkata, seramai 20 anggota bomba terlibat dalam operasi hari ini yang turut dibantu lebih 50 anggota daripada pelbagai agensi penguat kuasa lain selain turut mendapat bantuan malim gunung.

Katanya, pihak operasi JBPM negeri Kedah juga telah mengorek dua punca air berdekatan lokasi kejadian semalam bagi memudahkan kerja-kerja pengambilan air dilakukan.

“Terdapat dua tempat bagi pengambilan air iaitu di sebuah kolam bersebelahan Ibu Pejabat Polis Daerah Baling dan sebatang sungai berdekatan tempat kejadian di mana jarak antara tempat pengambilan air dengan kawasan kebakaran sekitar empat hingga lima kilometer,” katanya. – BERNAMA

Tags: gunung balingkebakaran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd