• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tentera Darat Siasat Pegawai Kanan Tumbuk Anggota

oleh
07/02/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DAKWAAN seorang pegawai kanan Tentera Darat menumbuk anggota bawahan yang ditularkan menerusi media sosial, sedang disiasat, kata Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Beliau berkata siasatan juga dijalankan secara bebas dan adil.

“Selaku Menteri Pertahanan, saya mengambil maklum. Pihak Tentera Darat sedang melakukan siasatan segera dan akan mengeluarkan laporan terperinci mengenai kejadian tersebut.

“Saya memberi jaminan bahawa siasatan ini akan dijalankan secara bebas dan adil serta tiada sebarang ‘cover up’ dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga meminta semua pihak bersabar serta berhenti membuat dakwaan demi menjaga nama baik Tentera Darat dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pada Selasa lepas, rakaman video berdurasi seminit 10 saat yang tular di laman sosial menunjukkan seorang lelaki dipercayai pegawai kanan berpakaian preman menumbuk anggota yang lengkap bersenjata sedang mengawal pintu masuk kem tentera.

Bagaimanapun, anggota itu dilihat tidak melawan dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Kem Tentera Sungai Udang, Melaka. – BERNAMA

Tags: tentera darattumbuk
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Zahir Ucapan Takziah Dua Anggota Tentera Terkorban, Titah Siasatan Menyeluruh

Agong Zahir Ucapan Takziah Dua Anggota Tentera Terkorban, Titah Siasatan Menyeluruh

16/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dua anggota tentera yang terkorban akibat terkena...

Juruwang Hamil Ditumbuk Pelanggan Wanita Hingga Bengkak Muka

Juruwang Hamil Ditumbuk Pelanggan Wanita Hingga Bengkak Muka

11/03/2024
0

JOHOR BAHRU - Tular video dalam media sosial memaparkan seorang juruwang hamil ditumbuk seorang pelanggan wanita sehingga lebam di muka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd