• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi Padam Kebakaran Gunung Baling Sukar

oleh
07/02/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

OPERASI memadamkan kebakaran yang melibatkan kawasan seluas 2.4 hektar di Gunung Baling, Baling berdepan kesukaran berikutan keadaan cuaca panas dan angin kencang.

Menurut Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Mohd Jamil Mat Daud, setakat ini pihaknya hanya berupaya memadamkan kebakaran di kira-kira 10 peratus daripada kawasan terjejas.

“Pihak kami menerima panggilan mengenai kejadian pada 5.28 petang semalam dan 14 anggota dikerahkan ke lokasi yang terletak di paras ketinggian 260 meter dari aras laut itu.

“Kawasan yang terbakar merebak berikutan keadaan cuaca panas dengan angin berkelajuan 15 kilometer sejam,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurutnya operasi turut dibantu oleh lebih 50 anggota daripada pelbagai agensi penguat kuasa termasuk malim gunung​​​​​.

Beliau berkata operasi pemadaman akan diteruskan hari ini dengan penggunaan helikopter.

Punca kebakaran masih belum diketahui namun pihak bomba tidak menolak kemungkinan ia disebabkan oleh aktiviti pendakian, katanya. – BERNAMA

Tags: gunung balingkebakaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd