• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AES: “Sejak Dalam Kerajaan, Awak Sudah Berubah”

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan tindakan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar yang didakwa cuba mengelak daripada menjawab isu Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) diteruskan dan ditambah kerajaan sekarang.

Najib berkata, pendirian Mahfuz jauh berbeza sejak berada dalam kerajaan, walaupun pernah memberi jaminan AES akan dimansuh apabila pembangkang mengambil alih Putrajaya.

“Berpeluh-peluh pahlawan berani mati mansuh AES ini marah kerajaan pada masa silam itu. Kata kerajaan bodoh. Kerajaan zalim. Tak prihatin rakyat,” katanya di Facebook.

Najib berkongsi video ucapan Mahfuz di pentas ceramah Pakatan Rakyat sebelum pilihan raya umum ke-13.

Beliau seterusnya menarik perhatian pengikutnya pada jawapan Mahfuz kepada media semalam, mengatakan dia enggan melayan kritikan terhadap langkah kerajaan meneruskan dan menambah AES.

“Itu sahaja yang dia mampu jawab sekarang apabila sudah berpangkat timbalan menteri,” katanya.

Semalam, Mahfuz menepis kritikan Najib dengan berkata dia “tak mahu layan orang yang dah kecewa, yang tak tahu nak buat apa.”

Sementara itu, Najib cuba menjawab dakwaan kerajaannya memberikan projek AES kepada sebuah syarikat. Beliau mendakwa projek itu sebenarnya dimulakan dan dipilih sebelum dia menjadi perdana menteri.

“Apabila saya menjadi perdana menteri, kerajaan kita meminta LTAT untuk mengambil alih projek itu supaya LTAT boleh dapat sedikit pendapatan untuk veteran-veteran.

“Tetapi kerajaan Pakatan Harapan hari ini sudah mengambil balik projek ini dari LTAT dan semua wang saman yang dikutip kini masuk ke dalam Kementerian Kewangan.”

Bekas perdana menteri sebelum ini turut mempersoalkan kos kamera AES. Beliau mendakwa kos kamera pada zaman BN adalah RM170,000 berbanding RM200,000 sekarang.

Mahfuz ketika diminta menjawab kritikan terbaru Najib bertegas tidak mahu melayan bekas perdana menteri itu.

“Dia pun tak sama juga bercakap dulu. Dia pertahan AES, sekarang nak suruh hapus AES pula,” katanya. – FMT

Tags: AESAWASMahfuz Omarnajib razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Facebook Najib Razak Muat Naik Gambar Dengan Kapsyen ‘Alhamdulillah

Facebook Najib Razak Muat Naik Gambar Dengan Kapsyen ‘Alhamdulillah

10/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Laman Facebook rasmi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memuat naik sekeping gambar beliau diiringi...

Mahkamah Boleh Keluarkan Perintah Baharu Hari Ini, Tidak Perlu Bicara Hanya Pinda Ayat  – Isham Jalil

Mahkamah Boleh Keluarkan Perintah Baharu Hari Ini, Tidak Perlu Bicara Hanya Pinda Ayat – Isham Jalil

10/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang kini bersama PAS, Isham Jalil berpandangan mahkamah yang sama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd