• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengurus Kanan Pasdec Didakwa Pecah Amanah

oleh
01/02/2019
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG pengurus kanan kewangan syarikat pelaburan hartanah Pasdec Holdings Berhad mengaku tidak bersalah terhadap lima tuduhan melakukan pecah amanah berjumlah RM320,000, lima tahun lalu.

Pengakuan Ahmad Rosdi Ismail, 50, direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Kuantan, Mohd Ghazali Mohamad Taib sebaik sahaja semua tuduhan terhadapnya dibacakan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara 8 September 2014 dan 21 Mac 2016 di pejabat Pasdec Holdings Berhad di Menara Teruntum dan CIMB Bank Berhad cawangan Kompleks Teruntum yang kedua-duanya terletak di Jalan Mahkota di Kuantan, Pahang.

Kesalahan itu yang didakwa berlaku sebanyak lima kali, melibatkan jumlah antara RM200,000 dan RM30,000 dalam satu transaksi.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad ‘Adha ‘Amir Yasser Amri menawarkan jaminan RM130,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan dengan syarat tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Peguam Bastian Pius Vendargon bagaimanapun merayu supaya jumlah itu dikurangkan atas alasan anak guamnya telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM dan berjanji akan hadir ke mahkamah sepanjang perbicaraan.

“Tertuduh juga merupakan penanggung tunggal kewangan keluarga. Selain menyara isteri yang tidak bekerja, dua anaknya adalah kanak-kanak istimewa iaitu autisme.

“Tertuduh hanya mampu menjelaskan jaminan tidak melebihi RM50,000. Saya merayu supaya mahkamah memberikan jaminan yang munasabah dan anak guam saya tidak mempunyai masalah untuk menyerahkan pasport miliknya,” katanya.

Mohd Ghazali menetapkan jaminan RM50,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin dan 6 Mac depan sebagai sebutan semula untuk penyerahan dokumen. – BERNAMA

Tags: pecah amanah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

P Ramasamy Didakwa Pecah Amanah Hampir RM860,000

P Ramasamy Didakwa Pecah Amanah Hampir RM860,000

14/05/2025
0

Butterworth: Bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini,...

Bekas Pengurus Besar Koperasi Polis Didakwa Pecah Amanah

Bekas Pengurus Besar Koperasi Polis Didakwa Pecah Amanah

05/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengurus besar anak syarikat Koperasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengaku tidak bersalah di dua mahkamah berasingan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd