• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syarikat Miliki Stok Dibayar SST Boleh Kemuka Tuntutan

oleh Ahmad Albab
22/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Syarikat yang masih mempunyai stok barangan yang telah dibayar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 10 peratus boleh mengemukakan tuntutan kepada Kastam bermula 1 April ini apabila Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dikuatkuasakan.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata, walaupun stok dalam simpanan syarikat itu telah dibayar SST, tetapi pada 1 April kelak, cukai yang boleh mereka kenakan adalah enam peratus di bawah pelaksanaan GST.

“Bagi syarikat yang mempunyai stok yang dibayar SST dan mengenakan CBP sebanyak enam peratus 1 April ini, mereka boleh mengemukakan tuntutan baki itu dengan Kastam dengan disertakan invois yang sah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penerangan tentang GST dan isu semasa hari ini.

Ahmad berkata, kerajaan telah menyediakan peruntukan yang besar dan mencukupi untuk membayar sebarang tuntutan yang dikemukakan oleh syarikat yang terlibat.

Syarikat yang mempunyai stok dibayar SST, katanya, tidak mempunyai alasan untuk menaikkan harga barangan mereka dengan mencampurkan kedua-dua SST dan GST, menjadikan cukai yang dikutip sebanyak 16 peratus.

“Ini kerana mereka (syarikat terlibat) boleh menuntut baki itu daripada Kastam,” katanya sambil menambah, pada 1 April, SST sebanyak 10 peratus itu akan digantikan dengan GST sebanyak enam peratus.

Menurutnya, harga barangan dan perkhidmatan yang sebelum ini dikenakan SST akan turun apabila GST yang kadar cukainya lebih rendah mula dilaksanakan.

Beliau berharap syarikat yang terlibat dengan pelaksanaan GST memahami perkara tentang tuntutan baki itu kerana ia telah pun diperjelaskan kepada mereka oleh pihak berkuasa.

Syarikat terlibat, katanya, diberikan tempoh beberapa bulan untuk membuat tuntutan.

Ahmad juga berkata, kira-kira 50,000 syarikat masih belum mendaftar dengan GST dan berkemungkinan dikenakan tindakan termasuk kompaun RM15,000 jika masih terus berdegil untuk mendaftar.

Sehingga kini, katanya, lebih daripada 300,000 syarikat di negara ini telah mendaftar GST dan pemahaman rakyat tentang sistem percukaian baru itu juga semakin bertambah baik berikutan kempen penerangan menggunakan semua media yang dijalankan oleh kerajaan. – BERNAMA

Tags: GST
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd