• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Restoran Terkenal Teluk Intan Mohon Sijil Halal Ditolak

oleh
30/01/2019
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN – Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) pada Selasa mengesahkan permohonan pensijilan halal sebuah premis makanan yang terkenal dengan ayam goreng di Jalan Changkat Jong di sini ditolak selepas didapati tidak mematuhi syarat yang ditetapkan pihak berkuasa.

Penolong Pengarah Unit Pengurusan Halal JAIPk, Yusri Abdul Rani berkata keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Perak pada 27 Disember lalu selepas didapati pemilik restoran berketurunan India berkenaan tidak komited dengan prosedur Pensijilan Halal Malaysia.

“Restoran berkenaan didapati tidak memenuhi syarat yang ditetapkan dalam aspek kebersihan dan tiada lantikan penyelia halal. Bekalan bahan mentah di premis berkenaan didapati tiada masalah,” katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau mengulas surat yang tular menerusi WhatsApp yang menyatakan permohonan pensijilan halal premis makanan terkenal di Teluk Intan itu gagal selepas didapati tidak komited dengan prosedur Pensijilan Halal Malaysia.

Mengulas lanjut, beliau berkata premis berkenaan diminta tidak menggunakan sebarang penandaan halal pada premis makanan, bagaimana pemilik masih boleh memohon semula pensijilan halal itu.

Sementara itu, Yusri berkata sebuah restoran makanan daun pisang di Hutan Melintang di Bagan Datuk dikesan menggunakan tanda halal tidak sah dalam hasil operasi yang dijalankan JAIPk bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pada 17 Januari lalu.

“Pemilik restoran berkenaan didapati beragama Hindu dan premis itu mempunyai penandaan halal tetapi ia bukan pemegang sijil halal dan tindakan diambil oleh pihak KPDNHEP mengikut Akta Perihal Dagangan 2011,” katanya yang meminta orang ramai agar lebih berhati-hati dan peka dengan premis makanan yang mempamerkan tanda halal terutamanya jika dimiliki bukan Islam. – BERNAMA

Tags: JAIPKsijil halal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Produk Kopi, Biskut Ditarik Balik Serta-Merta, Sijil Halal Dibatalkan

Produk Kopi, Biskut Ditarik Balik Serta-Merta, Sijil Halal Dibatalkan

03/04/2026
0

MELAKA – Semua produk kopi dan biskut daripada dua syarikat pengeluar tempatan diarahkan ditarik balik dari pasaran serta-merta selepas sijil...

Tak Baca Khutbah Disediakan JAIPk, 4 Imam Digantung Tugas

Tak Baca Khutbah Disediakan JAIPk, 4 Imam Digantung Tugas

09/02/2025
0

IPOH: Empat khatib yang juga imam masjid di negeri ini digantung tugas sementara kerana menyampaikan khutbah Jumaat bukan dikeluarkan Jabatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd