• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jasa Sabah Raikan Penghuni Rumah Warga Tua Sri Pritchard

oleh Ahmad Albab
22/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Sabah hari ini meraikan 84 orang warga emas di Rumah Warga Tua Sri Pritchard melalui program Jalinan Kasih Tahun Baharu Cina.

Selain dihiburkan dengan persembahan tarian singa, warga emas di pusat berkenaan turut menerima angpau dan limau mandarin sebagai simbolik kepada perayaan itu.

Majlis berkenaan dirasmikan Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kawasan Tanjung Aru, Henry Chu mewakili Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Edward Yong Oui Fah.

Yong, dalam teks ucapannya yang dibacakan Chu, berkata perayaan Tahun Baharu Cina perlu dimeriahkan bersama sebagai memberi peluang kepada rakyat di Sabah untuk menyebarkan mesej kebersamaan, persefahaman dan perasaan kasih sayang.

Menurutnya, meraikan sesuatu perayaan adalah tanda usaha murni bagi menyemarakkan semangat kecintaan kepada perpaduan dalam diri sekali gus menolak isu perbalahan kaum dan agama yang dicetuskan segelintir individu atau kumpulan tidak bertanggungjawab.

“Kita hidup penuh harmoni namun ada pihak yang cuba untuk mengeluarkan Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia dan usaha ini cukup jahat serta tidak sesuai sekali kepada rakyat Sabah yang jelas telah lama hidup secara harmoni,” katanya.
Menurut Yong, kerajaan persekutuan tidak pernah membelakangi rakyat serta mengabaikan pembangunan di negeri Sabah.

Sehubungan itu, beliau berkata adalah wajar semua rakyat mempertahankan perpaduan, keharmonian serta kedaulatan negara dan tidak perlu prejudis antara satu sama lain selain menolak sikap individu atau kumpulan yang rakus dengan kuasa.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Jasa Malaysia Datuk Abu Talib Harun berkata usaha mengenali budaya dan tradisi masyarakat lain penting bagi meningkatkan kefahaman dalam toleransi serta memupuk sikap saling hormat-menghormati.

Katanya kefahaman tinggi terhadap budaya lain akan membolehkan rakyat Malaysia hidup lebih dinamik sekali gus dapat menjadi contoh kepada negara luar. – BERNAMA

Tags: warga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd