• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tengku Hassanal Dimasyhur Tengku Mahkota

oleh
29/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TENGKU Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah hari ini dimasyhur sebagai Tengku Mahkota Pahang dan Pemangku Raja Pahang.

Istiadat pelantikan dan pemasyhuran itu berlangsung di Balairung Seri, Istana Abu Bakar di Kuantan di hadapan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang yang baru dimasyhurkan, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar.

Surat Pengisytiharan Pelantikan sebagai Tengku Mahkota Pahang dibacakan oleh Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.

“Beta Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Sultan dan Raja Pemerintah Pahang Darul Makmur dan segala jajahan takhluk, atas kuasa diberikan ke atas beta di bawah Fasal 1 Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang setelah berunding dengan Jumaah Pangkuan yang bersidang pada 22 Jan 2019 bersamaan 16 Jamadilawal 1440 dengan ini melantik dan memasyhurkan paduka anakanda beta iaitu Yang Teramat Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Ke bawah Duli Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang berkuat kuasa 22 Jan 2019 bersamaan 16 Jamadilawal 1440 Hijrah,” isytihar Tengku Abdul Rahman.

Tengku Hassanal kemudian melafazkan ikrar taat setia dan menandatangani Surat Persembahan Ikrar Taat Setia disaksikan Tengku Muda Pahang dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

“Bismillahirrahmanirrahim, Daulat Tuanku, bahawa adalah patik Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah dikurniakan gelaran Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, iaitu suatu pangkat bergelar dan waris ganti bagi negeri Pahang Darul Makmur, mengakulah patik menjujung kurnia gelaran itu, serta taat setia lah patik kepada Ke Bawah Duli, bagi menyaksikan taat dan setia yang di atas ini patik menurunkan tandatangan patik serta bersumpah dengan lafaz Wallahi Wabillahi Watallahi sekiranya patik berniat celaka atau derhaka, maka kemurkaan Allah akan menimpa diri patik,” titah baginda.

Tengku Hassanal kemudiannnya menandatangani Surat Ikrar Taat Setia diikuti tandatangan saksi oleh Tengku Muda Pahang dan Menteri Besar Pahang.

Baginda kemudiannya menyempurnakan Istiadat Menjunjung Duli.

Sejurus itu, Tengku Muda Pahang sekali lagi merafak sembah untuk membacakan Surat Pengisytiharan Pelantikan Tengku Hassanal sebagai Pemangku Raja Pahang berkuat kuasa 31 Januari ini.

Al-Sultan Abdullah kemudian berkenan mengurniakan Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormati (DK) kepada putera sulung baginda.

Pelantikan Tengku Hassanal sebagai Pemangku Raja Pahang bagi menggantikan ayahanda baginda yang bakal melafaz sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, Khamis.

Tengku Hassanal yang diputerakan pada 17 September 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan kemudiannya menerima Surat Pengisytiharan Pelantikan sebagai Pemangku Raja Pahang. Istiadat itu diakhiri dengan bacaan doa oleh Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman.

Istiadat pemasyhuran pada Selasa mencipta sejarah dalam Kesultanan Pahang moden apabila Tengku Hassanal melalui proses serentak pemasyhuran bagi kedua-dua jawatan utama kerabat Diraja Pahang. – BERNAMA

Tags: Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tengku Hassanal Saran Hentikan Aktiviti Lombong Di Tasik Chini

14/06/2021
0

KUANTAN - Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyarankan aktiviti perlombongan di...

Tengku Hassanal Berkenan Tak Terima Elaun Diraja 6 Bulan

01/04/2020
0

KUANTAN - Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan tidak menerima bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd