• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakar Kesihatan Bimbang Amalan Seterika Payudara

oleh
29/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Dianggarkan sehingga 1,000 gadis dan wanita di Britain dipaksa menekap batu panas pada payudara mereka dipercayai bagi menghalang buah dada menjadi besar, dakwa anggota gereja dan kakitangan kesihatan.

Adat berasal dari Afrika itu dikatakan masih diamalkan khususnya oleh keluarga yang berasal dari benua tersebut. Amalan itu berikutan kepercayaan sebahagian masyarakat Afrika bahawa payudara besar akan menarik perhatian tidak diingini daripada orang lelaki.

Pekerja komuniti di London, Yorkshire, Essex dan Midlands Barat memberitahu akhbar Gurdian bahawa berpuluh-puluh kes kanak-kanak perempuan belum baligh daripada keluarga imigran Afrika dipaksa mengamalkan tradisi itu.

Golongan wanita dalam keluarga tersebut percaya tradisi itu adalah cara terbaik untuk melindungi anak gadis daripada perhatian tidak diingini, gangguan seksual mahupun diperkosa.

Bagaimanapun, pakar-pakar perubatan menyifatkan amalan tersebut sebagai penganiayaan selain mendatangkan kesan psikologi serta kecederaan fizikal, jangkitan kuman, kecacatan kekal malah risiko dijangkiti kanser payudara. – Agensi

Tags: payudaraseterika
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Didakwa Cedera Isteri Guna Seterika

Lelaki Didakwa Cedera Isteri Guna Seterika

26/09/2024
0

Kota Bharu : Buruh didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan mencederakan isteri dengan menggunakan seterika, awal...

Peranti ‘Payudara’ Mudahkan Bapa Menyusu Badan

24/03/2019
0

GOLONGAN bapa mungkin dapat melakukan semua perkara seperti kaum ibu, kecuali melahirkan anak dan memberi susu badan kepada bayi. Bagaimanapun,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd