• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Institusi Diraja Pahang Menempa Sejarah

oleh
29/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Institusi diraja Pahang hari ini menempa sejarah tersendiri dengan pemasyhuran Tengku Ampuan Pahang dan Tengku Mahkota Pahang, satu detik yang ditunggu-tunggu rakyat di negeri ini.

Dalam istiadat yang akan berlangsung di Balairung Seri, Istana Abu Bakar di sini, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar bakal dimasyhurkan sebagai Tengku Ampuan Pahang dan Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah sebagai Tengku Mahkota Pahang yang baharu.

Istiadat yang dijadual berlangsung pada 10.30 pagi akan dihadiri lebih 1,500 tetamu terdiri daripada kerabat diraja, barisan kepimpinan kerajaan negeri dan wakil masyarakat.

Pelantikan Tunku Azizah dan Tengku Hassanal diputuskan oleh Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Pahang pada Selasa lepas.

Tunku Azizah yang diputerikan pada 5 Ogos 1960 di Istana Bukit Stulang Johor Bahru, Johor merupakan Tengku Ampuan kelima dalam era moden kesultanan Pahang.

Gelaran Tengku Ampuan Pahang adalah khas untuk permaisuri kepada pemerintah atau sultan semasa yang berdarah raja seperti yang tercatat dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang.

Tengku Hassanal yang diputerakan pada 17 September 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota Pahang menggantikan ayahanda baginda yang sebelum ini telah dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam pada 15 Januari lalu. – BERNAMA

Tags: Tengku Ampuan Pahangtengku mahkota pahang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjunjung kasih atas keprihatinan serta titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam...

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

24/05/2026
0

KUANTAN - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap aktiviti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd