• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjawat Awam Johor Diharap ‘Kerja Seperti Mahathir’

oleh
28/01/2019
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Penjawat awam di negeri ini diharap menjadikan komitmen kerja Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, sebagai aspirasi dalam kerjaya bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, penjawat awam negeri ini boleh mengguna ungkapan KSM – “Kerja Seperti Mahathir” yang diolah beliau daripada KSM – “Kerja Sampai Mati” yang diungkap Perdana Menteri ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PKR) Cameron Highlands, baru-baru ini dalam menabur bakti kepada rakyat.

“Saya ingin meminjam kata-kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Katanya, ‘Bintang Kebesaran yang paling saya minati ialah KSM, Kerja Sampai Mati’. Walaupun ungkapan itu dinyatakan secara berseloroh tetapi ia memberi makna yang cukup mendalam lebih-lebih lagi ia keluar dari mulut seorang pemimpin yang berusia 93 tahun.

“Memilih kerjaya sebagai penjawat awam, bererti kita memilih untuk berkhidmat dan menabur bakti kepada rakyat dan negeri, dan saya mengharapkan agar kita semua juga boleh menggunapakai darjah kebesaran KSM yang saya olah menjadi ‘Kerja Seperti Mahathir’,” katanya ketika menyampaikan amanat kepada pegawai dan anggota perkhidmatan awam Johor di sini, hari ini.

Osman berkata, dalam konteks dunia semasa yang berubah dengan cepat, rutin 8 pagi hingga 5 petang dilihat tidak sesuai dengan aspirasi kerajaan semasa.

Oleh itu, penjawat awam perlu sentiasa produktif bersifat dinamik dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab.

“Namun, jika perlu bekerja di luar waktu pejabat untuk memastikan segala perancangan menepati tarikh akhir, lakukanlah dengan penuh keikhlasan.

“Anda semua haruslah memberikan komitmen penuh kepada kerajaan baharu, bantu kami untuk menjalankan tugas yang akhirnya memanfaatkan rakyat. Sama-samalah kita berganding bahu kerana anda semua tulang belakang kejayaan sebuah kerajaan,” katanya.

Beliau, dalam pada itu, mahu penjawat awam di negeri ini membuktikan tahap profesionalisme dengan mendokong aspirasi kerajaan semasa dengan turut sama menyinsing lengan melaksanakan program-program atau inisiatif kerajaan.

Menurut Osman, selaras rakyat yang meletakkan harapan cukup tinggi terhadap pentadbiran kerajaan baharu, maka, penjawat awam di negeri ini perlu segera merealisasikan semua perubahan dan dasar yang diperkenalkan.

“Lebih-lebih lagi pertukaran kerajaan berlaku selepas 61 tahun, pastinya ada di antara penjawat awam negeri yang sudah terbiasa dengan budaya dan cara kerja kerajaan sebelum ini.

“Jangan nanti kerana kelewatan dalam menyesuaikan diri dengan manifestasi kerajaan baharu, rakyat mempersoal kesungguhan pentadbiran ini dalam melaksanakan agenda utama Malaysia baharu,” katanya.

Turut hadir pada majlis amanat berkenaan, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani, barisan exco Kerajaan Negeri dan ketua-ketua jabatan kerajaan. – BERNAMA

Tags: Osman Sapianpenjawat awam johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jenazah Osman Akan Dikebumikan Selepas Zohor

22/12/2021
0

JOHOR BAHRU: Jenazah bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Impian Emas, di...

Penjawat Awam Johor Dapat Bantuan Khas Kewangan

26/11/2020
0

ISKANDAR PUTERI - Penjawat awam Johor akan menerima Bantuan Khas Kewangan sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 yang akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd