• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Grab Lancar RCoE, Jangka Jana 400 Pekerjaan

oleh
28/01/2019
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Grab hari ini melancarkan Pusat Kecemerlangan Serantau (RCoE) di ruang pejabat baharu dengan keluasan 54,000 kaki persegi, di sini, dan dijangka menjana 400 pekerjaan dalam tahun ini.

Pengarah Negara Grab Malaysia, Sean Goh berkata hampir 300 daripada pekerjaan tersebut dalam fungsi serantau serta penyelidikan dan pembangunan (R&D).

“Pusat itu akan mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi dengan segera seperti jurutera perisian, saintis data dan perkhidmatan undang-undang.

“Kami cuba mewujudkan hab kewangan di sini juga,” katanya pada taklimat media selepas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Darell Leiking melancarkan pejabat baharu itu di sini hari ini.

Goh berkata pusat itu merupakan tindak balas Grab kepada saranan kerajaan bagi kerjasama awam-swasta untuk membantu memacu pelan tindakan Industri 4.0 dan aspirasi ekonomi digital Malaysia.

Beliau berkata syarikat itu turut komited untuk membantu Malaysia membuka peluang ekonomi yang lebih besar dengan mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi, membimbing tenaga kerja teknologi dengan lebih baik dan menarik lebih ramai rakyat Malaysia yang berada di luar negara kembali ke tanah air.

“Kami sentiasa mengingati di mana kami bermula, dan Malaysia merupakan lokasi kami mewujudkan Grab hampir tujuh tahun lepas, dengan matlamat asas untuk menyelesaikan masalah keselamatan pengangkutan.

“Pelaburan ini penting dalam misi kami untuk menjadikan pengangkutan dapat diakses dan selamat untuk semua, dan pada masa sama, mewujudkan peluang pendapatan yang lebih baik kepada pemandu dan rakan penyampaian kami. Ia juga membolehkan perniagaan tempatan memanfaatkan asas pengguna dan rangkaian pengedaran kami untuk memperoleh pendapatan perniagaan yang lebih tinggi,” katanya. – BERNAMA

Tags: GrabRCoE
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penumpang OKU Dakwa Dilayan Buruk Pemandu Grab Di Sri Damansara

Penumpang OKU Dakwa Dilayan Buruk Pemandu Grab Di Sri Damansara

12/01/2026
0

PETALING JAYA – Insiden tikam lidah antara seorang pemandu e-hailing dengan penumpangnya viral dan mencetuskan perdebatan dalam masyarakat. Pemandu berkenaan...

Penumpang Dakwa Pemandu E-Hailing Bertindak Berbahaya, Ambil Telefon & Nilai Diri Sendiri 5 Bintang

Penumpang Dakwa Pemandu E-Hailing Bertindak Berbahaya, Ambil Telefon & Nilai Diri Sendiri 5 Bintang

03/01/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang pengguna media sosial mendakwa adiknya berdepan pengalaman mencemaskan apabila pemandu perkhidmatan e-hailing dipercayai menggunakan telefon bimbit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd