• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Tuduh Ulama Pemecah Belah – Mohd Khairuddin

oleh Ahmad Albab
22/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Nabi Muhammad S.A.W pun pernah dituduh sebagai pemecah belah sewaktu baginda menegaskan tentang kebenaran dan mencegah kemungkaran akidah, syariat dan akhlak kepada kaum Arab.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata, para ulama Islam juga pernah dituduh sebagai  pemecah belah oleh masyarakat dan pemerintah.

Menurutnya, golongan ulama pernah berhadapan tuduhan itu apabila menegaskan tentang kewajipan pemerintah dan politik Islam serta menegur mereka yang memisahkan politik daripada Islam.

“Ulama (hari ini) juga dituduh pemecah belah apabila menegaskan prinsip perjuangan Islam dan mengecam pengkhianatan. Malangnya ada yang menuduh itu juga dalam kalangan bergelar ulama. Malah beralasan pula dengan akhlak.

“Bagi mereka berakhlak ertinya berlembut atau berlunak walaupun di tempat yang memerlukan tegas dan keras,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Khairuddin menyelar golongan ulama terbabit kerana terlupa dengan kekerasan Umar Al-Khattab untuk diambil tindakan berhadapan pengkhianatan sahabat Nabi Muhammad S.A.W, Hatib Abi Balta’ah.

Jelasnya, Hatib Abi Balta’ah yang membocorkan rahsia strategi baginda kepada musuh.

“Begitulah ulama terbahagi dua. Ada yang lebih selesa berdiam melihat kemungkaran meskipun umat sudah rosak dan prinsip perjuangan telah tergadai. Moga Allah memberi hidayah kepada mereka,” katanya.

Tags: PAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd