• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kadar Kompaun Ditularkan Tidak Sahih – JPJ

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KADAR bayaran kompaun baharu bagi saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula bulan ini yang ditularkan sejak beberapa hari lalu adalah maklumat tidak betul.

Maklumat yang ditular mendakwa antara kesalahan yang bakal dikenakan tindakan saman adalah menghalang kenderaan dan memotong; memandu perlahan di lorong kanan dan memandu van atau lori melebihi lapan jam.

JPJ dalam satu kenyataan di laman Facebook (FB) berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengenai kadar bayaran saman dan jenis kesalahan seperti yang ditularkan.

“JPJ ingin merujuk kepada mesej ‘sebelum duit anda melayang’ yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp, kami ingin menegaskan mesej atau kenyataan itu tidak benar dan tidak pernah dikeluarkan JPJ.

“JPJ ingin menasihatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai sebarang mesej melalui aplikasi WhatsApp yang tidak mempunyai sumber sahih dan menyebarkannya sebelum pengesahan dilakukan dengan JPJ,” katanya.

Beberapa hari lalu tular mesej mengenai kadar baru bayaran saman JPJ bermula Februari. Antaranya berbunyi ‘SHARE- info terkini dari JPJ / Sebelum Duit Anda Melayang. Mulai tahun 2019 .. Bulan FEBRUARI.. saman JPJ adalah seperti berikut.

“1) Menghalang kereta lain & memotong – RM300; 2) Memandu perlahan di lorong kanan – RM150; 3) Menyimpan batang kayu, batang besi, pisau & lain² objek bahaya dalam kereta – RM100; 4) Isi minyak tanpa matikan enjin – RM100.”

Di akhir teks berkenaan turut meminta orang ramai supaya berkongsi maklumat berkenaan dengan individu lain. – myMetro Online

Tags: JPJkompaun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Gantung Sementara Kelulusan Chery Omoda 5, Tangguh Pendaftaran Baharu

JPJ Gantung Sementara Kelulusan Chery Omoda 5, Tangguh Pendaftaran Baharu

11/10/2026
0

PUTRAJAYA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan menggantung sementara Sijil Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) Chery Omoda 5, sekali gus...

MARA Lantik Bekas Tentera Sebagai Warden Sepenuh Masa Di Semua MRSM Mulai 2027

MARA Lantik Bekas Tentera Sebagai Warden Sepenuh Masa Di Semua MRSM Mulai 2027

29/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan melantik warden sepenuh masa dalam kalangan bekas anggota tentera di semua Maktab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd