• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Selamatkan Penjawat Awam”

oleh AK-47
27/01/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

1. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia menzahirkan rasa terkilan apabila mendapat berita mengenai edaran surat pekeliling daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia yang bertajuk “Kawalan Saiz Perkhidmatan Awam” yang bertujuan mengurangkan perjawatan di Kementerian dan Agensi Kerajaan sebanyak satu peratus (1%) secara keseluruhan pada tahun 2019. Kira-kira 1.6 juta jumlah penjawat awam di Malaysia, dan ini bermakna sebanyak 16 ribu rakyat Malaysia akan hilang sumber pendapatan.

2. Janji ke-35 Buku Harapan dalam Manifesto Pilihanraya menyebut bahawa Pakatan Harapan akan menaikkan martabat golongan pekerja dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di Malaysia. Bagaimanakah Kerajaan ingin mewujudkan 1 juta peluang pekerjaan, di saat mengurangkan 16 ribu pekerjaan sedia ada? Dewan Pemuda IKATAN Malaysia menganggap ini merupakan satu lagi janji yang tidak tertunai oleh Pakatan Harapan, termasuk janji-janji manis yang lain. Adakah alasan 1MDB, Najib dan hutang negara juga menjadi alasan untuk mengurangkan 16 ribu pekerjaan ini?

3. Di saat mengurangkan pekerjaan sedia ada di Kementerian dan Agensi Kerajaan, Dewan Pemuda IKATAN Malaysia sangat terkilan dengan pelbagai lantikan politik yang dibuat di Kementerian, Agensi Kerajaan, Badan Berkanun dan Syarikat Berkaitan Kerajaan. Seolah-olah penjawat awam yang sekian lama berkhidmat untuk negara tidak dipedulikan, tetapi sahabat-sahabat mereka di dalam parti politik, termasuk ahli keluarga diberi “peluang pekerjaan” yang baru, walhal ada yang sudah bergelar Yang berhormat, tetapi masih mahu mengemudi Agensi Kerajaan sebagai Pengerusi atau Ahli Lembaga Pengarah. Adakah sebenarnya “peluang pekerjaan” yang disebut di dalam Manifesto Harapan itu ditujukan kepada sahabat-sahabat dan ahli keluarga mereka di dalam parti masing-masing.

4. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia menggesa kerajaan untuk memperhalusi keputusan ini kerana rakyat sebenarnya makin dihimpit kegawatan ekonomi dan kenaikan kos sara hidup. Kurangkan lantikan politik, biar penjawat awam yang berwibawa melakukan tugas mereka. Harus diingat, penjawat awam merupakan tunjang kepada pentadbiran negara. Ahli politik datang dan pergi, tetapi mereka tetap komited menguruskan pentadbiran kerajaan.

Demi Bangsa Malaysia!

Shahir Adnan
Ketua Pemuda Parti IKATAN Bangsa Malaysia,
Timbalan Ketua Pemuda Gagasan Sejahtera

Tags: Penjawat AwamShahir Adnan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

Mengapa Masih Belum Ada Arahan ‘Work From Home’? – Radzi Jidin

Mengapa Masih Belum Ada Arahan ‘Work From Home’? – Radzi Jidin

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan bekerja dari rumah (WFH) dalam kalangan penjawat awam menjadi tanda tanya apabila sehingga kini belum ada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd