• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Real Madrid Rampas Gelaran Kelab Terkaya Dari MU

oleh
24/01/2019
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Real Madrid mengatasi Manchester United dalam Liga Kewangan Bolasepak yang dilaporkan Deloitte, tetapi Liga Perdana masih menguasai dari sudut kewangan dengan enam kelab utama England berada dalam kelompok 10 terbaik buat kali pertama.

Ranking Deloitte adalah berdasarkan berapa banyak wang yang diperoleh daripada perjanjian penyiaran, komersial dan pendapatan pada hari pertandingan ketika musim 2017-18.

United menghabiskan tempoh selama dua tahun lalu di tangga pertama dalam carta kewangan tetapi jatuh ke kedudukan ketiga di belakang juara Eropah, Real dan satu lagi gergasi Sepanyol, Barcelona.

Bayern Munich, Manchester City, Paris Saint Germain, Liverpool, Chelsea, Arsenal dan Tottenham masing-masing menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik.

Rakan kongsi Kumpulan Perniagaan Sukan Deloitte yang juga penulis laporan itu berkata: “Bola sepak Eropah kekal sebagai pasaran yang rancak berkembang.

“Kami sudah melihat Real Madrid memecahkan rekod, muncul kelab pertama mencatat sejarah pada suku ketiga dengan mencecah satu bilion euro (RM4.71 bilion) dan mencatat rekod gelaran Liga Kewangan kali ke-12 dalam proses itu.”

Selepas memenangi gelaran Liga Juara-Juara kali ketiga berturut-turut, Real menjana rekod 750.9 juta euro (RM3.53 bilion), bagi meletakkan mereka di kedudukan teratas Liga Kewangan buat kali ke-12 dan kali pertama sejak 2014-15.

Semua kelab di England bagaimanapun agak terganggu dengan penurunan tiga peratus berikutan penyusutan nilai mata wang sterling terhadap euro.

Penurunan United pula dipengaruhi prestasi mereka yang tersingkir awal daripada 16 terakhir Liga Juara-Juara pada musim lalu dan peningkatan sektor iklan di Real dan Barca. – Agensi

Kedudukan Liga Kewangan Bola Sepak Deloitte:

1. Real Madrid (Sepanyol) – 750.9 juta euro (RM3.53 bilion)

2. Barcelona (Sepanyol) – 690 juta euro (RM3.25 bilion)

3. Manchester United (England) – 666 juta euro (RM3.13 bilion)

4. Bayern Munich (Jerman) – 629.2 juta euro (RM2.96 bilion)

5. Manchester City (England) – 568.4 juta euro (RM2.67 bilion)

6. Paris St Germain (Perancis) – 541.7 juta euro (RM2.55 bilion)

7. Liverpool (England) – 513.7 juta euro (RM2.41 bilion)

8. Chelsea (England) – 505.7 juta euro (RM2.38 bilion)

9. Arsenal (England) – 439.2 juta euro (RM2.06 bilion)

10. Tottenham Hotspur (England) – 428.3 juta euro (RM2.01 bilion)

Tags: Manchester UnitedReal Madrid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Manchester United Kembali Ke Malaysia 28 Mei

Manchester United Kembali Ke Malaysia 28 Mei

08/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Juara 13 kali Liga Perdana Inggeris, Manchester United akan kembali ke Malaysia selepas 16 tahun dalam siri jelajah...

Bukan Calang-Calang, Bintang Manchester United Doakan Faisal Halim

Bukan Calang-Calang, Bintang Manchester United Doakan Faisal Halim

11/05/2024
0

Kuala Lumpur : Rasa simpati terhadap tonggak Harimau Malaya Faisal Halim bukan hanya dirasai komuniti bola sepak tempatan namun turut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd