• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelantan Tidak Harap Hasil Hutan Jika Dapat Royalti

oleh
24/01/2019
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan bersedia menghentikan semua aktiviti pembalakan sekiranya kerajaan persekutuan dapat menyelesaikan pembayaran royalti minyak seperti yang dijanjikan sebelum ini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pembayaran royalti dianggarkan RM700 juta setahun itu jauh lebih mencukupi untuk pembangunan Kelantan berbanding RM100 juta setahun hasil daripada aktiviti pembalakan.

“Antara punca kita tebang balak kerana hasil negeri terhad. Kalau dapat royalti seperti mana yang sepatutnya, kita mungkin boleh berhenti terus tebang balak, tidak payah buat dah, sebab royalti RM500 juta hingga RM700 juta setahun dapat selesaikan masalah, jadi Orang Asli tidak terganggu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Sambutan Hari Murabbi Ummah di sini, pada Rabu.

Katanya aktiviti pembalakan yang dijalankan ketika ini adalah di kawasan yang telah ditetapkan dan tidak mengganggu penempatan Orang Asli.

Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata, pihaknya sudah bersetuju seluas 11,331 hektar tanah di seluruh Kelantan dikhaskan untuk Orang Asli.

“Biarpun kita tidak mengiktiraf tanah adat, kita sudah mewartakan hutan seluas 4,856 hektar untuk penempatan dan penanaman di dalam hutan simpan khas untuk Orang Asli yang tidak dibenarkan sebarang aktiviti pembalakan.

“Malah kita turut menetapkan seluruh kawasan hutan di negeri ini menjadi kawasan rayau untuk Orang Asli,” katanya.

Dalam pada itu mengulas berhubung perkembangan kes saman daripada kerajaan Persekutuan, Mohd Amar berkata pihaknya sudah bersedia untuk berdepan prosiding itu.

Beliau berkata penasihat undang-undang negeri akan membentang laporan mengenai kes itu esok kepada Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob sekali gus membolehkan tindakan dan usaha susulan dilakukan.

“Kita yakin mempunyai kes yang kukuh atas beberapa faktor yang akan dibawa di mahkamah nanti,” katanya. – BERNAMA

Tags: KelantanPembalakanroyalti minyak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

18/12/2025
0

KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) sudah menerima laporan kes rogol `suka sama suka' membabitkan remaja perempuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd