TUMPAT – Calon PAS untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor Wan Rosdi Wan Ibrahim dilihat tidak mampu untuk menjawab dan menghadiri sidang media sehingga terpaksa dibantu pemimpin PAS.
Dalam sidang media pagi tadi di Markas Besar Pas di Tumpat, ketika soalan berkaitan kempen ditanyakan kepada Wan Rosdi, dia kelihatan tergagap-gagap untuk menjawab dan tiba-tiba dibantu oleh Penasihat Jentera Operasi PRK DUN Pengkalan Kubor Datuk Takiyuddin Hassan.
“Pendekatan yang kita buat seperti biasalah, kita mendekati dengan pengundi di peringkat akar umbilah,” katanya.
Ketika ditanya wartawan apakah isu-isu yang hendak beliau bangkitkan sepanjang tempoh berkempen itu, ini jawapannya. Dalam keadaan teragak-agak, beliau dibantu oleh Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu.
“Kita akan beri perkhidmatan yang baik untuk masyarakat di DUN Pengkalan Kubor ini,” katanya.
Kemudian, ada wartawan bertanyakan soalan adakah kempen beliau agresif, sekali lagi jawapan calon dibantu Takiyuddin.
“Tidak agresif cuma kita tingkatkan lagi kempen,” katanya.
Apapun, hari ini kru Mynewshub.cc berkongsi beberapa video berkaitan sidang media PAS dengan tujuan mendedahkan permainan politik mereka yang jelas bermotifkan sokongan politik tanpa mengira kepentingan rakyat.
http://youtu.be/f-HfJ2_OhZs?list=UU78eQrj9L-rgLHoSw-FbMWQ
Bermula daripada video PAS berdolak-dalih berkenaan isu royalti minyak, serangan peribadi kepada Allahyarham bekas Ahli DUN Pengkalan Kubor dari BN Datuk Noor Zahidi Omar sehinggalah isu calon yang dilihat seperti tidak layak. – MYNEWSHUB.CC
Oleh : IBNU K | Video : RIZA RAZAK

