• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Datuk Antara Direman Kes Tuntutan Palsu RM1.8 Juta

oleh
23/01/2019
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG pengarah syarikat bergelar ‘Datuk’ bersama dua yang lain direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah serta tuntutan palsu dianggarkan bernilai RM1.8 juta.

Majistret Izza Zulaika Ruhanuddin membenarkan ketiga-tiga suspek yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita itu ditahan selepas mendengar permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terdahulu, suspek tiba di mahkamah pada 9.10 pagi dengan berpakaian baju lokap SPRM dan tangan bergari.

Menurut jurucakap SPRM, kesemua suspek disyaki menerima rasuah daripada pembekal peralatan kilang berkaitan pembelian mesin bagi operasi sebuah syarikat yang mana kedua-dua pengarah syarikat itu turut mempunyai saham.

Ketiga-tiga suspek juga disyaki terlibat dalam salah guna kuasa ke atas dana syarikat untuk kepentingan peribadi, katanya.

Semua mereka ditahan selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat suruhanjaya itu, semalam.

Datuk berusia 44 tahun itu ditahan pada kira-kira 12 tengah hari, manakala seorang lagi suspek yang juga pengarah syarikat berumur 51 tahun ditahan sejam kemudian.

Suspek wanita yang juga seorang ejen insurans berumur 29 tahun pula ditahan pada 2 petang.

Sementara itu, dalam kes berasingan mahkamah turut membenarkan SPRM menahan reman seorang bekas pengurus kanan produk sebuah syarikat berhubung siasatan kes menerima suapan lebih RM2 juta.

Majistret Izza Zulaika menetapkan lelaki berusia 40 tahun itu direman tiga hari sehingga Jumaat ini.

Suspek ditahan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada 4.35 petang semalam selepas hadir memberi keterangan.

Sumber SPRM memberitahu suspek dipercayai menerima suapan tersebut daripada sebuah syarikat sebagai balasan bagi meluluskan nota kredit untuk tujuan rebat, insentif dan pengiklanan komponen komputer kepada penjual yang dikeluarkan kepada syarikat terbabit. – BERNAMA

Tags: rasuahSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd