• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saman RM300 Untuk 6 Kesalahan Utama

oleh
22/01/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SAMAN maksimum RM300 serta-merta akan dikenakan terhadap pengguna jalan raya yang melakukan enam kesalahan utama sepanjang Op Selamat 14, 2019 sempena Tahun Baharu Cina.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata saman mandatori bernilai RM300 itu akan mula dikuatkuasakan di seluruh negara pada 29 Januari hingga 12 Februari ini.

“Enam kesalahan utama yang akan kita berikan saman serta-merta ini iaitu memandu di lorong kecemasan, melebihi had laju, menggunakan telefon, memotong barisan, memotong di garisan berkembar dan tidak mematuhi lampu isyarat,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Op Selamat 14 Tahun Baharu Cina di R&R Seremban arah utara, di Seremban, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Datuk Mohd Sheriff Mohd Kassim; Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail dan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Datuk Azisman Alias.

Dalam pada itu, Noor Rashid juga berkata dua lorong kecemasan lebuh raya PLUS di negeri Perak akan dibuka sempena Op Selamat 14 ini.

“Laluan berkenaan ialah laluan antara Simpang Pulai-Gopeng berdekatan Hentian Sebelah Simpang Pulai di antara kilometer(KM) 287 hingga 289.95 dan laluan dari Slim River menghala ke Sungkai di KM367. 3 (arah utara).

“Langkah itu dibuat bagi memastikan kelancaran jalan raya berikutan laluan berkenaan didapati antara yang mengalami kesesakan teruk setiap kali musim perayaan,” katanya.

Mengulas lanjut, Noor Rashid berkata anggota polis juga akan ditempatkan di kedua-dua laluan itu bagi memastikan kelancaran jika berlaku kecemasan.

“Kita tiada masalah untuk membenarkan PLUS untuk buka laluan kecemasan ini jika ia boleh mengurangkan masalah kesesakan,” katanya.

Sementara itu katanya, dengan tema yang sama iaitu ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi’, statistik Op Selamat tahun lalu menunjukkan penurunan kes kemalangan maut iaitu 226 kes berbanding 257 (2017).

“Ini menunjukkan usaha polis dan agensi berkaitan lain dalam beri kesedaran kepada masyarakat berkaitan pematuhan undang-undang jalan raya telah beri impak positif.

“Walaupun statistik kes kemalangan meningkat iaitu 21,041 kes tahun lalu berbanding 20,752 (2017), tapi ia seiring dengan pertambahan jumlah kenderaan di seluruh negara.

“Bagi tindakan saman pula catat peningkatan 130,155 saman yang mana sebanyak 385,547 saman dikeluarkan tahun lalu berbanding 255,392 tahun sebelumnya,” katanya.

Beliau berkata, analisis terhadap Op Selamat sebelum ini mendapati, sikap pemandu yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya dan pentingkan diri sendiri jadi punca peningkatan kemalangan. – BERNAMA

Tags: Op SelamatSaman Trafik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RM415,510 Kutipan Saman Trafik Tertunggak Berjaya Dikutip

RM415,510 Kutipan Saman Trafik Tertunggak Berjaya Dikutip

20/10/2025
0

MELAKA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengutip 3,409 saman trafik tertunggak bernilai RM415,510 menerusi kempen diskaun 50 peratus sempena Program Madani...

Polis KL Tawar Diskaun Saman Trafik 50 Peratus

Polis KL Tawar Diskaun Saman Trafik 50 Peratus

06/01/2023
0

KUALA LUMPUR - Polis Kuala Lumpur menawarkan diskaun 50 peratus buat warga kota bagi saman trafik terpilih bermula 10 hingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd