• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarawak Perkenal Ujian Penilaian Psikologi Pengasuh

oleh
21/01/2019
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sarawak akan memperkenalkan ujian penilaian psikologi sebagai syarat tambahan bagi pembukaan dan pendaftaran taman asuhan kanak-kanak (Taska) baharu di negeri ini.

Menteri Kebajikan, Kesejahteran Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, syarat tambahan kepada syarat-syarat sedia ada yang ditetapkan kerajaan persekutuan adalah sebagai usaha membendung kejadian penderaan kanak-kanak.

Menurutnya, ujian yang diwajibkan ke atas setiap pengasuh adalah penting bagi menentukan tahap kesihatan mental dan status emosi sosial bakal-bakal pengasuh kanak-kanak yang akan diambil bekerja di taska baharu nanti.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) boleh melakukan ujian penilaian psikologi itu, kalau tidak boleh, kita akan bekerjasama dengan pihak hospital kerajaan untuk mendapat khidmat pakar psikologi atau kita latih pegawai sehingga mampu mengendalikan ujian tersebut,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Destiny For Children Centre di sini pada Ahad.

Semakan oleh kementeriannya mendapati tidak ada syarat yang mengkehendaki bakal-bakal pengasuh menjalani ujian penilaian tahap kesihatan mental.

Beliau berkata JKM Sarawak telah diberikan tanggungjawab untuk memperincikan syarat tambahan baharu itu.

Beliau menggesa supaya pengusaha taska di negeri ini mendaftar taska masing-masing dengan JKM kerana ia satu keperluan di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 dan menjadi satu kesalahan jika gagal berbuat demikian.

Melalui proses pendaftaran JKM akan dapat menentukan samada taska-taska berkenaan mematuhi peraturan berhubung aspek keselamatan, keadaan rumah atau bangunan dan paling penting kelayakan pengasuh yang bertugas, tambah beliau. – BERNAMA

Tags: Pengasuhsarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menasihati orang ramai agar tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan yang mungkin...

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) memfailkan suatu notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan berhubung kerangka kawal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd