• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Nyaris Maut Kereta Langgar Tembok Parkir

oleh
21/01/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG pemandu wanita nyaris maut selepas kereta dipandunya melanggar tembok parkir tingkat dua sebuah pasar raya di Farlim, Air Itam, sehingga sebahagian kenderaannya itu tergantung dalam kejadian pada Ahad.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, Sabri Romli berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira 7.45 malam Ahad sebelum sepasukan anggota bomba bersama sebuah jentera tiba di lokasi kejadian.

“Ketika pihak kami sampai, terdapat seorang wanita berusia lingkungan 30-an berada di tempat pemandu, dia tidak mengalami sebarang kecederaan namun dalam keadaan trauma,” katanya.

Beliau berkata menurut mangsa, dia yang mahu pulang ke rumah selepas membeli-belah di pasar raya tersebut tersilap masuk gear mengundur menyebabkan kereta jenis Proton Saga dipandunya itu melanggar tembok parkir sehingga pecah serta sebahagian kenderaannya dalam keadaan tergantung.

Sabri berkata semasa kejadian, mangsa seorang diri dan wanita itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan lanjut.

“Pihak bomba menggunakan jentera untuk menarik kereta mangsa supaya tidak terjatuh dan operasi tamat kira-kira 8.30 malam,” katanya. – BERNAMA

Tags: langgartembokWanita
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd