• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jepun Lancar Satelit Hasilkan Hujan Meteor Palsu

oleh
20/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AGENSI angkasa lepas Jepun melancarkan roket yang membawa satelit sempena projek hujan meteor yang bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Menerusi dua satelit mikro itu, ia berupaya menghasilkan hujan meteor buatan manusia.

Ia dijangka menghasilkan visual memukau seolah-olah berlaku percikan cahaya dalam saiz mega di langit Hiroshima, pada 2020.

Menurut pengendalinya, Astro Live Experiences (ALE), mereka mahu membawa elemen hiburan ke satu tahap baharu dengan teknologi itu.

“Kanvas langit, projek meteor palsu pertama di dunia, bertujuan untuk bawa ramai orang datang ke sini dan rasai sendiri pengalaman itu.

“Menggunakan ruang angkasa sebagai pentas, kami akan membawa hiburan luar biasa, hasil idea pakar-pakar kami,” ujar ALE.

Mengikut perancangan, mereka akan melepaskan bebola ke atmosfera bumi untuk menghasilkan proses pemancaran plasma (plasma emission) yang meniru hujan meteor.

Malah kata mereka, bebola berkenaan tidak akan mencederakan manusia kerana ia akan habis terbakar di langit.

“Kami sasarkan seluruh dunia, kami mahu ia dinikmati dan boleh dilihat di seluruh dunia,” ujar pegawai eksekutif ALE, Lena Okajima. – The Indipendent

Tags: hujan meteorjepunsetelit
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan telah membuka siasatan berhubung rakaman tular memaparkan seorang lelaki berpakaian menyerupai anggota pasukan...

Lelaki Berpakaian Ala Tentera Jepun, Bersenapang Cetus Kebimbangan Penduduk Kepong

Lelaki Berpakaian Ala Tentera Jepun, Bersenapang Cetus Kebimbangan Penduduk Kepong

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Penduduk di beberapa kawasan sekitar Kepong dilaporkan berada dalam keadaan berjaga-jaga selepas tular dakwaan mengenai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd