• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Minyak Terus Naik, PH Tindas Rakyat?

oleh
20/01/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONJAK… Jika era kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini, harga runcit minyak pada kelaziman akan turun apabila tiba musim perayaan tertentu sekali gus ringankan beban rakyat.

Namun kali ini, ketika ramai kalangan warga kota ambil peluang bercuti panjang hujung minggu sempena dengan Thaipusam, rakyat marhaen dikejutkan pula dengar berita kenaikan semua jenis minyak selama tempoh seminggu.

Meskipun memang dijangka pelbagai pihak ekoran peningkatan sedikit harga minyak mentah global, tetapi kenaikan itu tidak pernah berlaku pada zaman pemerintahan BN dahulu apabila tiba cuti umum atau perayaan.

Apatah lagi, Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini umumkan harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing dinaikkan sebanyak 6 sen seliter bermula 12 tengah malam ini sehingga 11.59 malam 25 Januari depan.

Ini bermakna harga runcit petrol jenis RON95 melonjak kepada RM1.98 seliter berbanding RM1.92 seliter sebelum ini manakala RON97 atau biasa disebut minyak ‘orang kaya’ naik daripada RM2.22 seliter kepada RM2.28 seliter.

Anehnya harga runcit diesel atau lazim disebut minyak kotor, turut ditingkat sehingga 12 sen seliter iaitu daripada RM2.05 kepada RM2.17 seliter untuk tempoh sama berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sekadar berdalih kononnya “Kenaikan ini adalah berikutan harga produk petroleum yang diproses (refined product) di pasaran dunia pada ketika ini telah menunjukkan trend peningkatan.”

Beliau dalam kenyatan itu beri alasan harga RON95 naik daripada AS$60 (RM246.66) kepada AS$63 (RM258.99) setong manakala bagi diesel, harganya naik daripada AS$68 (RM279.55) kepada AS$72 (RM295.99) setong.

Apa yang pasti, berita buruk ini nyata tidak dikongsi secara luas oleh ramai penyokong kerajaan PH walhal ketika pentadbiran BN, mereka lantang kutuk kenaikan harga minyak sebagai beban rakyat. – Agensi/Mynewshub,TV

Tags: harga minyak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan penyelarasan subsidi termasuk menurunkan kuota Budi95 daripada 300 kepada 200...

Turunkan Minyak Sekarang Ini Tak Mampu Kita, Tapi Cukai Jalan Itu Boleh – PM Anwar

Turunkan Minyak Sekarang Ini Tak Mampu Kita, Tapi Cukai Jalan Itu Boleh – PM Anwar

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan mempertimbangkan untuk mengurangkan cukai jalan bagi kenderaan diesel sebagai langkah meringankan beban rakyat. Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd