• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Al-Aqsa Dibadai Lagi Ribut Salji Selepas 4 Tahun

oleh
20/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJUK… Lazimnya wilayah Tebing Barat yang sinonim dengan Baitulmaqdis atau turut digelar Jerusalem bagi Yahudi memang ada salji pada awal tahun tetapi kali ini suasananya agak pelik.

Media Israel semalam melaporkan ribut salji membadai seluruh negara haram rejim Zionis itu selain jirannya, Syria dan Jordan sejak kelmarin sebelum beransur pulih awal pagi ini iaitu rekod kali pertama selepas empat tahun.

Salji tebal yang meliputi hampir semua kawasan, termasuk sekitar Kubah Batu yang terletak dalam kompleks Masjid Al-Aqsa dan tembok ratapan penganut Yahudi di bahagian barat turut mengejutkan ramai penduduk tempatan.

Ini memandangkan fenomena cuaca sejuk ekstrem sedemikian amat jarang berlaku di Baitulmaqdis yang juga dirujuk sebagai Al-Quds dalam kalangan umat Islam serta kota suci ketiga Muslim selepas Makkah dan Madinah.

Orang awam, ada antara mereka yang bawa papan luncur kelihatan ceria turun beramai-ramai ke jalan raya untuk menyaksikan pemandangan jarang dilihat itu. Salji tebal dilaporkan mula turun pada waktu malam Rabu lalu.

Terdahulu ribut pasir dilaporkan melanda kawasan itu pada sebelah petang. Pihak berkuasa Israel memaklumkan bahawa hampir semua sekolah dan universiti terpaksa ditutup sementara ekoran salji tebal luar jangkaan tersebut.

Polis Israel turut bertindak tutup kebanyakan lebuh raya utama menuju ke Baitulmaqdis susulan banyak kenderaan rosak tersangkut dalam salji tebal manakala perkhidmatan tren dalam bandar tersebut turut dijadualkan semula.

Pihak perbandaran Baitulmaqdis namun bersiap sedia dengan 150 buah jentera pembersih salji dan 25 tan garam untuk cairkan salji di permukaan jalan raya yang licin bagi elak kemalangan kenderaan. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: BaitulmaqdisPalestinsalji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Aktivis kemanusiaan, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkongsi perkembangan terkini misi bantuan Malaysia ke Gaza yang kini berada...

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

05/12/2025
0

Oleh Mynewshub  Gaza/Al-Quds – Yasser Abu Shabab, individu yang selama ini digelar sebagai pengkhianat oleh penduduk Gaza kerana didakwa bersekongkol...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd