• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Kita Tunggu Azmin Jawab Isu Bayaran Tunggakan FELDA”

oleh
17/01/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LIPIS – Isu kelewatan pengagihan bayaran tunggakan kepada peneroka FELDA akan dijawab Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terus kepada peneroka ketika lawatannya ke Sungai Koyan minggu ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kelewatan berkenaan tidak sepatutnya berlaku memandangkan peruntukan sebanyak RM77 juta telah diluluskan Kerajaan Pusat, pada 20 Disember lepas.

“Duit sudah ada dan kita pun nak tahu kenapa masih belum boleh agihkan kepada peneroka… jadi, kita tunggu (Datuk Seri) Mohammed Azmin datang dalam minggu ini untuk jelaskan perkara dan menyelesaikan masalah ini,” katanya pada sidang media sewaktu melancarkan slogan PH untuk kempen PRK “Pembangunan Bersama Harapan” hari ini.

Turut hadir Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Pahang, Fuziah Salleh dan calon PH, M Manogaran.

Kementerian Kewangan pada 20 Disember lepas mengumumkan peruntukan khas berjumlah RM77 juta bagi membantu peneroka FELDA melunaskan bayaran tertunggak pada tahun semasa bagi mengatasi masalah aliran tunai FELDA yang kritikal.

Peruntukan itu termasuk bagi melunaskan bayaran tertunggak seperti bayaran khairat kematian berjumlah RM1.2 juta membabitkan waris kepada 120 peneroka yang sudah meninggal dunia, bayaran tunggakan kepada FELDA Technoplant Sdn. Bhd. bagi kerja operasi pembangunan ladang peneroka sebanyak RM43 juta dan bayaran sara hidup serta pendahuluan hasil tanam semula berjumlah RM32.8 juta untuk manfaat 38,000 peneroka FELDA.

Lim berharap isu berkenaan tidak akan menjejaskan peluang PH untuk memenangi hati pengundi di kawasan Sungai Koyan yang kebanyakan mereka adalah peneroka. – BERNAMA

Tags: FeldaLim Guan EngMohamed Azmin Ali
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Berhentilah Berselindung Di Sebalik Slogan ‘Kesamarataan’ – Mohamed Sukri

DAP Berhentilah Berselindung Di Sebalik Slogan ‘Kesamarataan’ – Mohamed Sukri

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar meminta DAP tidak berselindung di sebalik slogan 'kesamarataan' untuk mempertikaikan...

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP membantah peningkatan pegangan ekuiti bumiputera kepada 50 peratus bagi pelupusan hartanah bernilai melebihi RM20 juta oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd