• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Terpengaruh Kempen Di Media Sosial

oleh Ahmad Albab
21/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Orang ramai diminta tidak terpengaruh dengan kempen menerusi media sosial yang bertujuan mencemarkan sistem perundangan negara demi kepentingan politik individu tertentu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kempen itu jelas mencabar sistem perundangan dan kehakiman di negara ini.

Beliau berkata kempen itu diadakan semata-mata mahu mengheret rakyat untuk menyertai perhimpunan ‘March to Freedom’ bulan depan bagi mendesak kerajaan membebaskan bekas Ketua Pembangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya kesal dengan perbuatan pihak yang menganjurkan kempen itu, dengan menjadikan media sosial sebagai medan menarik orang ramai.

“Sebarang usaha yang dilakukan bagi membebaskan seseorang yang dijatuhkan hukuman bersalah oleh sesebuah mahkamah di negara ini, dianggap boleh mencemarkan sistem kehakiman,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program pembahagian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 1,500 penerima Dewan Undangan Negeri (DUN) Cukai di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman di sini.

Kempen itu dilancarkan Nurul Nuha, anak kedua Anwar, selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun terhadapnya pada 10 Feb lepas.

Ahmad Shabery turut mempertikaikan Majlis Peguam yang dilihat mempersoalkan keputusan Mahkamah Persekutuan.

Sebelum ini, presiden badan berkenaan Christopher Leong dipetik media tempatan sebagai berkata Anwar ‘dianiaya, bukan didakwa’ selepas Mahkamah Persekutuan membuat penghakimannya. – BERNAMA

Tags: Ahmad Shaberymedia sosial
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin PKR Pahang Padam Ulasan Insiden PMX Didakwa ‘Kena Boo’?

Pemimpin PKR Pahang Padam Ulasan Insiden PMX Didakwa ‘Kena Boo’?

08/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, Norman Daud dipercayai telah menurunkan hantaran di media sosial...

Talkin Pilihan Raya Keterlaluan, Persenda Talkin Jenazah – Netizen

Talkin Pilihan Raya Keterlaluan, Persenda Talkin Jenazah – Netizen

07/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Tindakan bekas Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin memuat naik rakaman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd