• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seviyeli Roumeli Hissar 1453 Bukan Sebarang Nama

oleh
16/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMARANG – Seorang bayi di Purworejo, Jawa Tengah memiliki nama yang sangat unik.

Bayi perempuan berusia tujuh bulan itu diberi nama Seviyeli Roumeli Hissar 1453 oleh ibu bapanya.

Seviyeli adalah cahaya mata pertama pasangan Hartadi Sudrajat, 41 dan Imah Suciyati, 29.

Hartadi berkata, nama tersebut bukan direka secara suka-suka, sebaliknya ia mempunyai makna tertentu.

“Seviyeli dalam bahasa Turki bermaksud bijaksana, manakala Roumeli Hissar pula sebuah benteng yang terdapat di Istanbul.

“Selain itu, angka 1453 adalah tahu kejayaan tentera Islam yang dipimpin Muhammad Al-Fatih (Sultan Mehmed 11) menakluk Kota Konstantinopel,” katanya.

Katanya lagi, dengan nama tersebut beliau berharap anak perempuannya mampu menjadi anak solehah, bijaksana dan kental seperti benteng di Turki dan memiliki keperibadian seperti Muhammad Al-Fatih.

Beliau mengakui pada awalnya mereka berdepan kesukaran untuk mendaftar nama berkenaan.

Tambahnya, pihak Jabatan Pendaftaran terpaksa berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri sebelum meluluskan nama unik tersebut.

Sementara itu, ibu bayi berkenaan, Suciyati berkata, pada mulanya beliau agak janggal dengan nama tersebut.

“Pada awalnya terasa pelik. Tapi nama itu juga satu doa, biarpun kedengaran pelik tapi ia memiliki tujuan yang baik,” katanya. – News.detik.com

Tags: bayinama anakunik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

11/12/2025
0

SEREMBAN: Bayi perempuan berusia setahun meninggal dunia selepas dikatakan diambil ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri dari rumah pengasuh dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd