• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Tajaan MARA Diingat Jangan Terbabit Militan IS

oleh Ahmad Albab
23/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMPORNA – Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Mohd Shafie Afdal mengingatkan semua pelajar di bawah tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) supaya tidak terbabit dengan kegiatan kumpulan militan IS.

Beliau berkata, kumpulan militan IS itu perlu dikutuk sekeras-kerasnya dan bukan diberi sokongan kepada mereka kerana tindakan mereka adalah di luar batas agama.

“Pelajar perlu memberi tumpuan kepada pendidikan dan tidak terbabit dalam sebarang kegiatan. Walaupun namanya jihad tetapi amalannya bukan amalan Islam sebenar, agama (Islam) tidak pernah menghalalkan pembunuhan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pemimpin Bersama Ibu Bapa dan Warga Sekolah Agama Negeri Pekan Semporna di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas penahanan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun baru-baru, yang dipercayai mahu menyertai kumpulan militan itu.

Pada 18 Februari, sepasukan polis daripada Bahagian Anti-Pengganas, Cawangan Khas Bukit Aman menahan remaja perempuan itu di Lapangan Terbang Antarabangsa KL kerana dipercayai merancang menyertai IS di Syria.

Menurut polis, remaja itu dikesan terpengaruh dengan fahaman ekstremis berkenaan selepas berinteraksi dengan dua individu di laman Facebook, sebelum bertindak nekad mahu meninggalkan negara bagi menyertai kumpulan militan itu.

Mohd Shafie berkata, MARA sentiasa memantau pelajar di bawah tajaannya agar tiada yang terbabit dalam kegiatan militan.

Menurutnya beliau turut memberi peringatan mengenai perkara itu kepada pelajar-pelajar Malaysia semasa lawatannya ke beberapa universiti luar negara untuk bertemu pelajar tajaan MARA.

“Mereka diingatkan supaya memberi tumpuan terhadap pelajaran dan tidak membabitkan diri dalam aktiviti tidak bermanfaat,” katanya. – BERNAMA

Tags: ISpelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

16/06/2026
0

KLANG - Kakitangan POSCO Malaysia mengambil inisiatif melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu mempertingkatkan tahap keselamatan di Sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd