• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Belum Terima Permohonan Bekas Ahli Nak Rujuk

oleh
16/01/2019
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIMBALAN presiden yang menjalankan tugas-tugas presiden UMNO, Mohamad Hasan berkata UMNO belum menerima permohonan daripada anggota Parlimen parti itu yang sebelum ini telah keluar untuk menyertai kembali parti.

Beliau yang kini menjalankan tugas-tugas presiden UMNO berkata bagaimanapun parti itu terbuka untuk menerima sesiapa sahaja yang ingin menyertainya.

“UMNO sentiasa membuka pintu kepada sesiapa sahaja yang ingin menyertai dan menjadi ahli UMNO.

“Syarat dan proses untuk menjadi ahli adalah tertakluk kepada seperti apa yang diperuntukkan oleh perlembagaan dan peraturan pentadbiran parti,” katanya dalam kenyataan di Seremban, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai ura-ura enam anggota UMNO yang sebelum ini meninggalkan parti tersebut mahu kembali seperti yang dilaporkan media semalam.

Enam Anggota Parlimen, yang kini anggota Bebas selepas meninggalkan UMNO pada 14 Disember lepas, ialah Anggota Parlimen Hulu Terengganu, Rosol Wahid; Anggota Parlimen Mersing, Dr. Abdul Latiff Ahmad dan Anggota Parlimen Tasik Gelugor, Shabudin Yahaya, Anggota Parlimen Larut, Hamzah Zainudin; Anggota Parlimen Sabak Bernam, Mohamad Fasiah Mohd Fakeh dan Anggota Parlimen Tanah Merah, Ikmal Hisham Abdul Aziz. – BERNAMA

Tags: Mohamad HasanUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Insya-Allah” – Annuar Ulas Kerjasama UMNO-PAS Di Negeri Sembilan

“Insya-Allah” – Annuar Ulas Kerjasama UMNO-PAS Di Negeri Sembilan

14/07/2026
0

KUALA LUMPUR - "Insya-Allah". Demikian jawapan ringkas Tan Sri Annuar Musa ketika ketika ditanya Mynewshub berhubung kemungkinan kerjasama UMNO dan...

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama UMNO-PAS Sedang Diusahakan – Abdul Hadi

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama UMNO-PAS Sedang Diusahakan – Abdul Hadi

13/07/2026
0

SEREMBAN – PAS bersedia menerima calon Menteri Besar Negeri Sembilan daripada UMNO sekiranya kerjasama antara kedua-dua parti berjaya dimuktamadkan bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd