• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayi Maut Dilanggar Kereta Semasa Di Rumah Pengasuh

oleh
15/01/2019
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Seorang bayi perempuan berusia satu tahun lima bulan maut selepas dilanggar kereta di rumah pengasuhnya di Taman KESEDAR Putra di sini, petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt. Mohd Taufik Maidin berkata bayi berkenaan, Aamina Inayah Mohd Hafezul meninggal dunia 30 minit selepas kejadian ketika menerima rawatan di Hospital Gua Musang.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 5 petang Isnin ketika ibu pengasuh bayi itu, Che Jah Yaacob, 54, sedang mengalihkan kenderaan jenis Toyota Fortuner ke dalam garaj di hadapan rumahnya.

Menurutnya, ketika kejadian, pengasuh bayi berkenaan, Nor Syamimi Ibrahim, 20, berada di dalam rumah dan tidak menyedari kanak-kanak itu keluar daripada rumah sebelum terdengar tangisan bayi.

“Nor Syamimi kemudian menemui Aamina Inayah terbaring di bahagian depan kereta di dalam garaj berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, malam Isnin.

Mohd Taufik berkata Nor Syamimi dan ibunya kemudian mengejarkan bayi tersebut ke Hospital Gua Musang namun meninggal dunia selepas setengah jam menerima menerima rawatan.

Difahamkan bayi itu mula dibawa ke rumah pengasuhnya sejak seminggu lalu berikutan bapa bayi berkenaan bekerja di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang manakala ibunya bekerja sebagai jururawat di Arab Saudi.

Sementara itu, Nor Syamimi ketika ditemui di Jabatan Forensik hospital berkenaan, berkata bayi itu baru boleh berjalan dan beliau tidak menyangka kejadian memilukan itu berlaku.

Katanya, beliau sentiasa mengawasi pergerakan bayi itu namun tidak menyedari Aamina Inayah berjalan keluar ke garaj kereta.

“Biasanya bapa bayi itu datang mengambilnya pada puku 5.15 petang setiap hari dan saya amat sedih dengan kejadian yang menimpa bayi itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: bayidilanggarPengasuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

15/05/2026
0

Kuala Lumpur: Insiden pertukaran bayi secara tidak sengaja di sebuah wad di Hospital Tunku Azizah (HTA) di sini telah diselesaikan...

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd