• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Harap Kerajaan PH Beri Ruang Bincang Isu Akta 355

oleh
15/01/2019
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kelantan berharap Kerajaan Persekutuan memberikan sedikit ruang untuk perbincangan berkaitan pindaan Akta 355 yang sebelum ini pernah dibawa ke Parlimen di bawah kerajaan terdahulu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, isu berkenaan adalah berkaitan umat Islam dan tidak langsung melibatkan mereka yang bukan Islam.

Beliau berkata, walaupun perkara berkenaan dilihat agak sukar sedikit buat masa sekarang namun pihaknya tidak pernah berputus asa.

“Kita akan sentiasa berusaha bagi membuat pindaan ini kerana isu ini bukannya soal politik tetapi untuk kepentingan agama Islam. Ini adalah tuntutan agama dan kita sepatutnya ketepikan kepentingan politik. Pada masa sama kita juga tidak mahu meletakkan kesalahan ke atas mana-mana pihak.

“Saya berharap Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa memberikan ruang untuk perbincangan kerana ini adalah isu melibatkan umat Islam dan kita sebagai umat Islam adalah bertanggungjawab,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Oktober tahun lalu, PAS menyuarakan pandangan agar Kerajaan Pakatan Harapan memastikan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355), antara 117 akta yang akan dimansuhkan dan dipinda.

PAS berpendapat langkah itu bagi membuktikan komitmen kerajaan PH dalam mengangkat institusi mahkamah syariah dan memperbaharui undang-undang berkaitan jenayah Syariah di negara ini. – BERNAMA

Tags: Akta 355pakatan harapanPASRUU 355
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd