• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mukim Taiping, Bukit Gantang Kawasan Jangkitan Rabies

oleh
15/01/2019
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Mukim Taiping dan Bukit Gantang di daerah Larut Matang dan Selama diwartakan sebagai kawasan jangkitan anjing gila atau rabies, berkuatkuasa Isnin.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Quaza Nizamuddin Hassan Nizam dalam satu kenyataan pada Isnin berkata ia susulan aduan daripada pemilik anjing bahawa dua ahli keluarganya digigit di Taman Sri Kota Fasa 2, Taiping pada 31 Disember lepas.

“Dua ahli keluarga pengadu digigit lima hari sebelum dia membuat aduan. Bagaimanapun, anjing itu telah dilupus oleh pengadu pada 3 Januari.

“Sampel otak daripada anjing tersebut telah diuji dan disahkan positif Rabies oleh Institut Penyelidikan Veterinar, Ipoh pada keesokan hari,” katanya.

Dr. Quaza berkata survelan dan persampelan telah dijalankan serta-merta di dalam lingkungan dua kilometer (km) radius dari kawasan jangkitan bagi mengetahui status penularan penyakit rabies di kawasan tersebut.

“Sebanyak tiga lagi sampel (daripada anjing berkeliaran) telah dikesan positif daripada 30 sampel yang diambil pada 11 Januari lepas iaitu di sekitar kawasan Tupai Business Centre dan Pekan Sri Boyan,” katanya.

Dr. Quaza berkata aktiviti survelan dan persampelan anjing dan kucing terbiar telah dimulakan dalam kawasan dua hingga 10km radius secara berperingkat dari tempat jangkitan iaitu di Taman Sri Kota, Taiping.

Katanya, aktiviti survelan dan persampelan juga akan dilaksanakan di Daerah Kerian, Kuala Kangsar dan Kinta.

Beliau berkata pemvaksinan anjing-anjing bertuan dalam kawasan dijangkiti rabies iaitu antara satu hingga 10 km radius secara berperingkat dijadualkan bermula esok.

“Anjing yang divaksin akan diberi ‘collar’ sebagai tanda pengenalan dan kad rekod vaksinasi rabies akan diberikan kepada pemilik anjing yang telah diberi vaksin Rabies.

“Pemusnahan anjing-anjing terbiar dalam satu hingga 10 km radius dari foci dijangkiti Rabies yang dijalankan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan bermula hari ini,” katanya.

Selain itu, Dr. Quoza berkata pihaknya akan menjalankan rondaan jalan raya bagi mengesan cubaan memindahkan haiwan disyaki dijangkiti Rabies keluar dari kawasan jangkitan.

Beliau menasihatkan agar pemilik anjing memberi suntikan vaksin rabies selain mengurung binatang peliharaan (anjing dan kucing) bagi mengelak berlakunya gigitan daripada anjing berkeliaran.

“Orang ramai juga dinasihatkan tidak mendekati anjing berkeliaran. Jika berlaku gigitan, bersihkan luka dengan sabun dan terus ke klinik kerajaan yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Beliau berkata orang ramai boleh membuat sebarang aduan atau pertanyaan, dengan menghubungi Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Larut Matang dan Selama di talian 05-8072703. – BERNAMA

Tags: Penyakit Anjing GilaRabies
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rabies: Perhilitan Tangkap Kelawar Pemakan Buah

10/05/2022
0

PUTRAJAYA: Sekumpulan tiga spesies kelawar pemakan buah ditangkap dalam program survelan khas penyakit rabies di Seri Kembangan, Selangor dekat sini...

Selangor Tiada Peruntukan Khas Tangani Rabies

11/04/2022
0

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor tidak mempunyai peruntukan khas untuk menangani penyakit rabies kerana ia bukan bersifat endemik seperti demam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd